FL | 26

339 34 2
                                    

SELESAI membersihkan diri, Reina keluar daripada bilik mandi lengkap berpakaian tidur. Kedua-dua tangannya bergerak mengelap rambutnya yang lembab dengan tuala kecil sambil dia bergerak ke arah meja.

"Uhuk! Uhuk!"

Reina berpusing ke belakang bila dia mendengar seseorang batuk lalu dia terkebil-kebil melihat Tengku Qayyum di atas, sedang melihatnya dengan mata yang luas, terkejut.

"Eh... Bila awak masuk?" tanya Reina.

"Ehem! Tadi..." Tengku Qayyum berdehem kecil lalu menundukkan pandangan daripada melihat ke arah Reina, dia kembali menghadap satu iPad di tangannya.

Bingung Reina melihat tingkah laku suaminya, dia dapat lihat wajah Tengku Qayyum merah, lagi-lagi telinga suaminya. Anak mata Reina jatuh ke bawah dan melihat ke arah dirinya, dia hanya memakai baju tidur biasa sahaja.

Reina berpusing ke arah meja semula, dia letakkan tuala tadi di tempat asalnya selepas mengeringkan rambut lalu dia duduk di hadapan meja. Tangan Reina mencapai satu beg miliknya yang mengandungi barang-barang keperluannya, seperti penjagaan kulit dan lain-lain.

Tanpa Reina sedar Tengku Qayyum perlahan-lahan melihat ke arahnya semula, dia memerhatikan segala perbuatan Reina yang sedang meletakkan sesuatu di wajahnya, tahulah Tengku Qayyum itu semua untuk penjagaan kulit.

Tengku Qayyum merenung rambut lurus isterinya, rambut Reina tidak terlalu hitam, ia lebih kepada warna coklat dan panjangnya separas dada.

Terlalu ralit Tengku Qayyum merenung Reina sehingga tidak sedar yang isterinya sudah selesai dengan kerjanya dan bangun daripada kerusi, mereka berdua bertembung mata apabila Reina berpusing ke arah Reina.

"Kenapa tengok saya macam tu?" tanya Reina dan melangkah ke arah katil.

"Saja..." balas Tengku Qayyum.

Reina duduk di birai katil, bersebelahan dengan suaminya.

"Sebab nak menikmati setiap saat bersama isteri saya." ujar Tengku Qayyum semula, dia meletakkan iPad di tepi lalu dia memegang tangan Reina.

"Ye ke? Dari tadi saya tengok awak menghadap iPad je..." balas Reina dengan main-main.

Tengku Qayyum tersenyum kecil, dia mengambil semula iPad tadi lalu dia hulurkan kepada Reina.

"Tadi masa dekat majlis kan uncle Zuki bagi ticket untuk kita pergi honeymoon. Saya nak tengok tempat tu macam mana dan rancang tempat apa yang kita boleh pergi nanti." kata Tengku Qayyum.

Reina memandang ke arah iPad, terpapar gambar pulau yang mereka akan pergi nanti.

"Excited betul awak..." Reina ketawa kecil.

"Mestilah, nak pergi honeymoon dengan cinta hati saya, dengan siapa lagi saya nak pergi kalau bukan isteri saya. Lagi satu lagi 3 hari, saya nak juga tengok dulu tempat tu macam mana.." balas Tengku Qayyum.

"Then? Awak rasa okay kalau kita pergi sana?" tanya Reina.

"Okay sangat, saya pun dah tanya uncle Zuki." jawab Tengku Qayyum.

Reina mengangguk kecil.

"Oh... Lagi satu, Balqis dengan Faaeq tak honeymoon tempat sama dengan kita. Uncle Zuki cakap dia orang tempat lain." kata Tengku Qayyum.

"Ye ke? Dia orang dekat mana?" tanya Reina.

"Disebabkan dia orang berdua dah selalu keluar negara, uncle pilih Malaysia je tempat honeymoon dia orang." jawab Tengku Qayyum.

"Baguslah tu, dia orang mesti dah biasa dengan suasana negara lain. Malaysia pun ada banyak yang menarik kalau nak pergi honeymoon." balas Reina.

"Betul tu, dia orang pun selalu bergaduh. Mesti tengah bergaduh dalam bilik." Tengku Qayyum ketawa kecil.

Fake LoveWhere stories live. Discover now