FL | 30

255 40 1
                                    

PINTU wad ditutup semula selepas Tengku Faaeq keluar daripada bilik Tengku Balqis dan dia mengambil langkah untuk ke surau namun langkahnya behenti sebaik sahaja melihat sepasang pasangan dihadapan dia.

"Qayyum..." sapa Tengku Faaeq.

"Adik aku belum sedar?" soal Tengku Qayyum.

Tengku Faaeq menggeleng lemah.

Tengku Qayyum mengeluh kecil dan dia menghampiri cermin yang memisahkan Tengku Balqis di dalam, melihat keadaan Tengku Balqis membuatkan Tengku Qayyum berasa lebih sedih.

"Bila kau sampai?" soal Tengku Faaeq.

"Baru je, aku terus datang sini." jawab Tengku Qayyum.

"Masuklah, bonda baru je balik tadi." kata Tengku Faaeq.

Tengku Qayyum memandang ke arah adiknya yang masih koma, dia tidak melangkah masuk ke dalam wad adiknya tetapi dia melangkah mendekati Tengku Faaeq.

"Kenapa rahsiakan daripada aku?" soal Tengku Qayyum.

"Bonda yang minta rahsiakan daripada kau sebab tak nak kau risau. Lagi pun, waktu Balqis accident, kau baru je pergi kan." jawab Tengku Faaeq.

Tengku Qayyum mengeluh kecil dan meraup wajahnya.

"Tapi aku rasa bersalah, aku pergi sana, gembira dengan isteri aku tapi aku tak tahu adik aku menderita dekat sini." ujar Tengku Qayyum.

Terdiam Tengku Faaeq, dia membuat keputusan kepada ibu bapa Tengku Balqis yang minta untuk rahsiakan perkara ini. Dapat Tengku Faaeq lihat betapa sayangnya seorang abang kepada satu-satunya adik perempuannya, dan sebagai seorang suami, dia juga rasa bersalah.

"Awak... Reina nak tengok Balqis..." ujar Reina tiba-tiba.

Tengku Qayyum berpaling ke arah Reina mengangguk, memberi izin.

"Masuklah dulu, saya nak bincang sesuatu dengan Faaeq." kata Tengku Qayyum.

Reina mengangguk kecil lalu dia terus masuk ke dalam untuk melihat keadaan Tengku Balqis dan langkah Reina diperhatikan oleh Tengku Qayyum sehingga Reina masuk ke dalam.

"Tentang apa yang kau cakap dekat balai polis tu..." Tengku Qayyum kembali memandang Tengku Faaeq.

"Kau cakap accident ni disengajakan?" sambung Tengku Qayyum.

"Ye, disengajakan. Hari pertama Balqis koma, aku dah diumumkan yang kemalangan itu disengajakan dan ditujukan kepada Balqis... Pemandu lori yang bawa lori tu, positif dadah dan dah macam hilang kesedaran sepenuhnya." jawab Tengku Faaeq.

"Maksudnya?"

"Pemandu lori itu hanya bercakap pasal Balqis, dia cakap Balqis perlu mati dan polis syak memang ada orang lain yang dalang daripada semua ini... Polis jumpa alat penjejak lokasi dekat kereta Balqis." jawab Tengku Faaeq.

"Alat penjejak lokasi? Siapa yang letak? Kau dah ada maklumat baru?" soal Tengku Qayyum.

"Alat tu masih lagi dikaji, Khai yang urus kes Balqis, dia cakap ambil sama sikit kalau nak jejak lokasi siapa yang letak alat itu." jawab Tengku Faaeq.

"Khai? Lama betul tak jumpa dia, tak sangka dia yang ambil kes adik aku..." ujar Tengku Qayyum.

"Aku yang suruh, sebab dia je yang boleh dipercayai." kata Tengku Faaeq.

"Qayyum?" sampuk satu suara.

Tengku Qayyum berpaling ke belakang bila dia mendengar suaranya dipanggil, suara yang dikenali oleh Tengku Qayyum.

"Baba..." Tengku Qayyum mendekati Tengku Baahir diikuti oleh Tengku Faaeq, dia nampak Tengku Qaiser dan Diz di belakang Tengku Baahir.

"Bila Qayyum balik? Bukan ke sepatutnya lambat lagi ?" soal Tengku Baahir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fake LoveWhere stories live. Discover now