FL | 14

358 36 2
                                    

TENGKU Qayyum melangkah masuk ke dalam kedai milik Reina, dia melihat sekeliling, pelanggan semakin kurang kerana sudah tiba masa untuk kedai ini tutup.

"Eh Tengku, cari Reina ke?" sapa Aina.

"Ye, mana dia?" soal Tengku Qayyum, anaknya masih melihat sekeliling mencari-cari gadis yang sudah hampir menjadi miliknya.

"Dekat belakang, Tengku masuklah." kata Aina dan sambung membuat kerja.

Tengku Qayyum melangkah ke arah satu pintu dan masuk ke dalam, dia melihat sekeliling dan ternampak Reina yang sedang menyusun kotak-kotak kosong.

"My Rein..."

Seperti biasa, Reina akan terkejut mendengar panggilan itu, dia berpaling ke tepi dan tersenyum kecil melihat Tengku Qayyum di sini.

"Awak baru sampai?" soal Reina.

"Ye, awak sibuk? Banyak ke kerja?" Tengku Qayyum melangkah mendekati Reina.

"Tak banyak dah, tinggal susun kotak ni je untuk esok." jawab Reina.

Tengku Qayyum kecil lalu dia halakan tangannya ke depan dan memegang sesuatu.

"For you, my Rein." ujar Tengku Qayyum, sejambak bunga rose diserahkan kepada Reina.

"Cantiknya..." Reina tersenyum lebar, agak terkejut juga melihat Tengku Qayyum membawa bunga untuk dirinya.

"Boleh bagi masa awak dekat saya sekejap?" soal Tengku Qayyum.

"Boleh."

"Minggu depan, saya nak bawa jumpa dengan bonda dengan baba... Kita bincang tentang hal kita, okay?" soal Tengku Qayyum dan dia mengharap Reina akan bersetuju dengannya.

Reina diam sekejap, Tengku Qayyum pernah memberitahu yang dia ingin Reina berjumpa dengan ibu bapa Tengku Qayyum dan Reina cuba untuk mengosongkan jadualnya.

"Boleh! Bila?" Reina.

Tengku Qayyum tersenyum lebar.

"Hujung minggu, minggu depan." kata Tengku Qayyum.

"Boleh! Boleh!" Reina mengangguk laju namun selepas itu dia merasakan sesuatu yang pelik.

Melihat riak wajah Reina berubah membuatkan Tengku Qayyum sedikit pelik.

"Alaa... minggu depan Balqis ajak saya pergi PBAKL, dia nak jumpa dengan pembaca dia..." rungut Reina.

"Pembaca?" Tengku Qayyum semula.

"Opps!" Reina menurut mulut dengan kedua-dua tangannya apabila dia perasan yang dia sudah membocorkan rahsia besar Tengku Balqis kepada abangnya sendiri.

Tengku Qayyum mengecilkan matanya, dia menyilangkan tangannya ke dada.

"Tell me now, Rein." arah Tengku Qayyum, suaranya sedikit dingin namun masih lembut kerana tidak mahu menakutkan Reina.

"T-Tapi... Tapi Balqis tak bagi bagitahu rahsia dia." jawab Reina dan menundukkan kepala ke bawah.

"She is my little sister, Rein... Saya tertanya-tanya, kenapa dia nak jumpa dengan pembaca novel? Dia tulis novel ke?" teka Tengku Qayyum.

Reina memandang wajah Tengku Qayyum dan menunduk semula. Habislah, kalau dia bagitahu nanti pasti Tengku Balqis akan marah dia, kan?

"Janganlah takut, I just wanna to know about Balqis. Don't worry, saya tak akan bagitahu dia yang saya tahu." pujuk Tengku Qayyum.

Reina langsung mengangkat kepalanya ke atas.

"Janji?"

"Janji, sayang." jawab Tengku Qayyum.

Fake LoveWhere stories live. Discover now