FL | 28

376 41 1
                                    

JAM di dinding direnung lama oleh Tengku Faaeq, dia mengeluh kecil. Tengku Faaeq bergerak ke arah tingkap dan memandang ke luar rumah, masih tiada tanda-tanda Tengku Balqis pulang ke rumah.

"Dah lebih 30 minit, tadi cakap dah balik..." gumam Tengku Faaeq.

Dia bergerak ke arah katil dan mencapai telefon bimbitnya di atas katil, lalu Tengku Faaeq menghubungi Tengku Balqis.

Tut... Tut...

"Harap maaf, nombor yang anda-"

"Kenapa tak boleh ni?" soal Tengku Faaeq lalu menghubungi orang lain. Telefon bimbit diletakkan di telinga dan Tengku Faaeq melangkah ke arah tingkap semula.

"Hello? Assalamualaikum, bonda..." ucap Tengku Faaeq.

"Waalaikumsalam, kenapa Faaeq?" Kedengaran suara bonda Tengku Balqis menyapa di telinga Tengku Faaeq.

"Faaeq nak tanye je, Balqis memang dah balik ke?" tanya Tengku Faaeq.

"Haah... Dah lama dia balik, kenapa? Belum sampai lagi ke?" tanya Tengku Fadiyah semula.

"Belum, bonda. Faaeq call dia pun tak dapat." jawab Tengku Faaeq.

"Ye ke? Jalan sesak kot, kejap lagi baliklah tu.." kata Tengku Fadiyah.

"Tak apalah, bonda. Mungkin kejap lagi dia balik... Maaf ganggu bonda, nanti bila dia dah balik, Faaeq bagitahu bonda." balas Tengku Faaeq.

Panggilan mereka tamat di situ, sekali lagi Tengku Faaeq memandang ke luar tingkap, mencari jika Tengku Balqis sudah pulang namun tiada.

"Aku sepatutnya letak alat penjejak lokasi dengan dia..." gumam Tengku Faaeq.

Telefon tadi diletakkan semula di atas katil lalu Tengku Faaeq berjalan ke bilik persalinan bajunya, ingin ke bilik rahsia. Namun tiba-tiba Tengku Faaeq berdering kuat.

"Baby?" Tengku Faaeq berlari anak ke biliknya semula dan mencapai telefon bimbitnya. Wajahnya yang murung mula ceria bila nama Tengku Balqis tentera di telefonnya.

"Hello, baby..." sapa Tengku Faaeq selepas menjawab panggilan telefon.

"Hello? Assalamualaikum, maaf mengganggu, encik suami kepada Tengku Balqis?"

Dahi Tengku Faaeq berkerut, dia memandang skrin telefon, dia tertanya-tanya siapa yang menelefonnya menggunakan telefon isterinya. Jelas sekali suara yang bercakap adalah lelaki.

"Ye. Siapa ni? Mana isteri aku?" tanya Tengku Faaeq.

"Kami daripada Hospital Kuala Lumpur, pukul 4:15 tadi ada kemalangan besar berlaku dan Tengku Balqis juga terlibat, kecederaan dia sangat parah dan kami memerlukan encik untuk datang ke sini sekarang."

"Kemalangan?" Tengku Faaeq terdiam, isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya?

"Encik?"

"Saya datang sekarang... Tolong selamatkan isteri saya." rayu Tengku Faaeq.

"Kami akan yang buat terbaik."

Tengku Faaeq menamatkan panggilan, dia termenung seketika. Badannya berasa lemah dan Tengku Faaeq berpaut pada katil.

"Balqis..."

Tengku Faaeq menarik nafas panjang dan berdiri semula, dia harus kuat untuk isterinya. Tengku Faaeq bergegas keluar daripada biliknya, dia perlu cepat ke hospital.

Isterinya memerlukan dirinya.

_____________


Fake LoveWhere stories live. Discover now