FL | 12

426 35 0
                                    

KACA mata hitam dibetulkan sedikit lalu Tengku Balqis kembali menilik penampilannya di cermin.

"Okay, cantik." ucap Tengku Balqis.

Selepas berpuas hati, Tengku Balqis keluar daripada tandas awam itu dan melihat sekeliling, mencari kelibat Diz. Mereka berdua sudah berada di lapangan terbang dan akan menaiki kapal terbang tidak lama lagi.

"Tengku, kita dah kena masuk.."

Tengku Balqis berpusing ke belakang apabila suara milik Diz kedengaran, Tengku Balqis menilik sedikit penampilan Diz hari ini, semuanya hitam.

"Okay, jom."

Mereka berdua teruskan langkah mereka, agak ramai orang yang lalu-lalang di sini hari ini.

Selepas semua urusan selesai, Tengku Balqis dan Diz mula melangkah masuk ke dalam kapal terbang, mereka di sapa oleh pramugari dengan mesra.

"Tempat kita..." Tengku Balqis melihat sekeliling, dia menempah tiket kelas atasan untuk dia dan Diz.

"Dekat situ, Tengku." Diz menunjukkan ke satu arah dan Tengku Balqis mengikuti daripada belakang.

Sampai ditempat mereka, Tengku Balqis dan Diz duduk bersebelahan.

"Siapa yang akan jemput kita nanti bila dah sampai Malaysia, Tengku?" soal Diz.

"Abang-abang saya belum tahu saya nak balik hari ni, maybe bonda dengan Reina je yang ada nanti." jawab Tengku Balqis.

"Diz..." panggil Tengku Balqis.

"Ye, Tengku?"

"Awak dah 5 tahun kerja dengan saya, balik Malaysia nanti awak akan diberikan cuti. Maybe satu bulan." kata Tengku Balqis.

"Satu bulan?" Diz sedikit terkejut.

"Ye, Baba suruh. Hari-hari awak jaga saya bila dekat Jepun ni, biarlah awak berehat pula bila balik Malaysia." balas Tengku Balqis.

"Tapi, Tengku... Siapa yang nak awasi Tengku nanti?"

"Yang tu, jangan risau. Abang-abang saya ada, lagi pun saya ambil bodyguard sebab nak pergi Jepun je."

Diz mengangguk kecil, walaupun begitu. Hatinya suka, untung dapat cuti 1 bulan.

"Bila Tengku akan menetap terus dekat Malaysia?" tanya Diz, ingin tahu. Selama dia menemani Tengku Balqis di Jepun, dia tahu yang Tengku Balqis ingin balik Malaysia.

Tengku Balqis terdiam, dia masih tiada jawapan untuk itu, jika Tengku Baahir benarkan dia mengambil alih syarikat bondanya, mungkin dia sudah perlu mengambil alih syarikat di Jepun.

"Saya pun tak tahu, Diz." kata Tengku Balqis.

Tengku Balqis melihat tempat kosong di sebelah kirinya, semasa menempatkan tiket, dia tidak sempat mengambil tempat disebelah tingkap. Tengku Balqis tertanya-tanya siapa yang akan duduk di situ.

"Balqis?"

Tengku Balqis memandang ke belakang apabila namanya diseru daripada belakang.

"Faaeq?" Tengku Balqis terkejut. Apa mamat ni buat dekat sini?!

"Kau tolak pelawa aku masa aku ajak kau balik sama-sama, tapi aku tetap duduk dekat sebelah kau." Tengku Faaeq mengeluh kecil lalu duduk di tempatnya, di sebelah Tengku Balqis.

Tengku Balqis menjeling tajam, dia baru je rasa gembira dapat balik Malaysia semula. Tapi, ada je Tengku Faaeq di mana-mana.

"Siapa tu, Tengku?" soal Diz.

"Biar kan je dia, dia sepupu saya." Tengku Balqis mengerling ke arah Tengku Faaeq.

"Apa tengok-tengok? ada hutang?" tanya Tengku Faaeq dingin.

Fake LoveWhere stories live. Discover now