Tok! Tok! Tok!
"Faaeq! Balqis! Kenapa tu?!"
Tengku Faaeq dan Tengku Balqis saling berpandangan sebelum mereka berdua melihat ke arah pintu bilik. Tengku Balqis dengan cepat berdiri semula begitu juga dengan Tengku Faaeq.
Pintu bilik dibuka oleh Tengku Faaeq dan terpapar wajah kedua-dua ibu bapa mereka di hadapan pintu bilik.
"Kenapa? Apa jadi? Daddy dengar ada benda jatuh?" soal Tengku Fahmi.
"Faaeq yang jatuh, menantu daddy tu buas sangat." jawab Tengku Faaeq tanpa tapis.
Tercengang Tengku Balqis, nama dia pula yang dipetik, padahal Tengku Faaeq yang cari gaduh!
"Mana ada! Faaeq yang cari gaduh dulu..." balas Tengku Balqis.
Tengku Faaeq memandang ke arah isterinya, senyuman sinis di wajahnya.
"Abang pula... Abang nak tukar panggilan je, baby yang melebih..." kata Tengku Faaeq.
"Eww..." Tengku Balqis menjauhi Tengku Faaeq, meremang bulu roma dia dengan panggilan Tengku Faaeq.
"Macam mana boleh terjatuh?" tanya Tengku Fadiyah.
Kini giliran Tengku Balqis yang tersengih.
"Adik tolak dia..." jawab Tengku Balqis perlahan.
Tengku Baahir menggeleng kepala dan memicit hidungnya, tidak tahu ingin berkata apa lagi dengan perangai anaknya.
"Dah kahwin pun bergaduh lagi, tak boleh ke jadi macam Qayyum dan Reina? Okay je dia orang, awak berdua ni macam kucing dan anjing. Sorang suka mengusik, yang sorang lagi suka gaduh." bebel Tengku Nurissa.
"Sorry, mummy..." Tengku Balqis menundukkan kepalanya.
"Tak apalah, janji bergaduh manja-manja, jangan sampai cedera." pesan Tengku Nurissa.
"Baik, mummy..." balas Tengku Faaeq.
"Awak pun, jangan nak usik sangat isteri tu, biar bertempat dan waktu yang tepat... Dulu nak sangat, bila dah dapat ni jaga elok-elok." bebel Tengku Nurissa lagi.
"Faaeq usik isteri bertempat, tak ada orang pun dalam bilik ni-"
"Menjawab." potong Tengku Nurissa.
"I'm sorry, mummy." Tengku Faaeq terus memandang ke bawah.
Tengku Fahmi ketawa kecil melihat pasangan pengantin baru itu sama-sama memandang ke bawah, dah macam kanak-kanak yang kena marah dengan ibu.
"Dah lah, mummy dengan daddy dah nak balik sebenarnya, dah lewat ni." kata Tengku Nurissa.
Pasangan pengantin itu serentak memandang ke arah Tengku Nurissa dan Tengku Fahmi.
"Mummy dengan daddy dah nak balik? Yang lain dah balik ke?" tanya Tengku Faaeq.
"Nenek dengan yang lain dah balik tadi, kita jumpa esoklah." jawab Tengku Nurissa.
"Okay, hati-hati balik nanti." pesan Tengku Faaeq.
"Bonda dengan baba pun dah nak balik?" tanya Tengku Balqis pada ibu bapanya.
"Ya, tapi baba nak bercakap dengan adik kejap, berdua." jawab Tengku Baahir.
"Berdua?" tanya Tengku Balqis semula.
_______________
LANGKAH Tengku Balqis berhenti apabila Tengku Baahir juga berhenti di satu lobi hotel yang sunyi, tempat yang sesuai untuk mereka bercakap. Tengku Balqis mengemam bibir bila babanya memandang wajahnya, dia sedikit berdebar bila Tengku Baahir tiba-tiba mahu bercakap dengannya.
YOU ARE READING
Fake Love
RomanceNew story... Tengku Faaeq Qalvin - Sombong, angkuh, matang, dingin, ego, pentingkan diri sendiri. 35 tahun. Tengku Balqis Harris - Mesra tapi tegas, tidak suka pedulikan orang lain dan suka buat halnya sendiri. 29 tahun. SINOPSIS "I nak you jadi my...