35- The Stars

243 14 4
                                    

"TAHUN depan saya nak ajak awak pergi tempat yang saya selalu pergi, kalau umur kita panjang". Ujar Seroja secara tiba-tiba tatkala mereka sedang makan tengahari bersama. Sebenarnya, dia ingin menceriakan mood suaminya semula. Bimbang jika Lais masih terkesan dengan hal pagi tadi.

"Iya? Awak nak ajak saya pergi ke mana?". Lais meletakkan sudu dan garfunya ke tepi sebelum dia mengalihkan fokusnya seratus peratus kepada si isteri. Dilihatnya Seroja bersemangat untuk bercerita, mesti lah dia juga harus bersemangat untuk mendengar walaupun otaknya masih dijajahi dengan memori perbualannya bersama Encik Murshid pada pagi tadi.

Seroja tidak terus menjawab. Sebaliknya, dia mengambil telefon yang diletakkan di atas meja makan  tadi dan menekan butang on. Dia menari-narikan jarinya dia atas skrin berbentuk segi empat tepat itu sebelum akhirnya dia memalingkan skrin tersebut ke arah Lais.

Terangkat sebelah daripada kening Lais tatkala dia melihat apa yang ditunjukkan oleh Seroja.

Sebuah hantaran di laman Instagram yang bernama pengguna 'SangTH.Books'. Sebuah hantaran yang menunjukkan gambar sebuah figura lelaki dengan topeng yang menutupi separuh daripada wajahnya dan sepasang kaca mata hitam yang melindungi kedua matanya.

"Ini ke penulis kegemaran awak tu?". Lais bertanya dengan suara yang agak tidak senang.

Ehem, ehem...

Cemburu ke tu?

Seroja mengangguk laju.

"Awak nak ajak saya jumpa dia?".

"Dulu saya pergi dengan Iman tapi sekarang kan saya dah ada suami. Mesti lah saya kena ajak suami saya. Awak nak pergi tak? Tahu ni dia dah datang... saya harap sangat dia datang lagi tahun depan". Seroja menyatukan kedua tangannya bersama dan menutup mata seraya menongkat dagu di atas tangan yang disatukan tadi. Senyuman lebar tertampal pada wajahnya.

Lais berdehem sekali membuatkan Seroja lantas membuka kedua matanya. Maka terlihat lah dia akan riak wajah Lais yang seperti tidak senang duduk itu.

"Kenapa? Awak tak nak pergi ke?". Seroja bertanya dengan polos. Dia masih tidak perasan bahawa lelaki di hadapannya ini sedang cemburu melihat betapa terujanya dia bercakap mengenai Sang Tinta Hitam tadi.

"Happy betul awak kalau bercakap tentang dia". Lais memerli.

Seroja meruncingkan matanya memandang Lais.

"Sekejap...". Seroja cuba untuk menganalisa wajah Lais membuatkan lelaki itu tidak senang duduk. Semakin lama Seroja tenung, semakin mudah lah untuk rahsia kecemburuannya terbongkar nanti.

"Awak...".

Lais menelan air liur kelat.

"Awak jealous ke?". Seroja menayangkan senyum lebar setelah dia menyoal Lais dengan soalan itu. Lais yang sudah terang-terangan terkantoi mengeluh sekali seraya menjatuhkan bahunya.

"Mesti lah. Dia lelaki kut".

"Dia tak kenal pun lah saya. Awak ni...". Seroja melepaskan tawa kecilnya dan di saat itu lah Lais tergamam. Wanita di hadapannya tatkala ini kelihatan sungguh cantik tatkala tawa ikhlasnya kedengaran. Katakan Lais gila namun ini kali pertama dia melihat wanita yang sedang ketawa akan menjadi secantik ini. Seolah ada cahaya yang menyimbah wajah Seroja tatkala ini.

"Tapi awak kenal dia". Lais mengajukan defence nya.

"Dan saya kenal awak juga. In fact, I know you more than I know him. Awak ada kelebihan tau!". Seroja ketawa lagi.

Teruskan lah ketawa Seroja. Silap-silap nanti boleh meleleh Lais di situ. Kenapa? Kerana melihat isteri sendiri ketawa. Macam pelik kan? Hal macam ni pun boleh membuatkan Lais blushing.

CAHAYA SEROJA ||©Where stories live. Discover now