Tangan tua Tuan Harraz digenggam erat sebelum Herra meletakkan pada wajahnya, matanya di pejam erat.
Air mata dah tak lagi terkeluar apabila sudah penat menangis tadi.
Alhamdulillah, selepas beberapa minit tadi Tuan Harraz dah pun di tranferkan ke wad pesakit yang selesa ni.
"Papa?" Panggil Herra perlahan walaupun dia tahu panggilanya tidak akan ada sahutan, dia duduk di samping Tuan Harraz di atas kerusi sebelah katil itu.
Herra tersenyum ringkas.
"Papa dengar cakap Herra? Bangun tau," Herra berkata dengan senyuman nipis terukir di bibirnya, wajah Tuan Harraz ditatap lembut.
"Papa bangun la," rayu Herra lagi dengan bibir yang diketak kuat menahan tangisannya.
"Papa bangun lah, Herra tak sanggup nak hilang papa," kata Herra dengan wajah kesal, dia tak sanggup kehilangan orang tersayang macam yang orang lain kena.
Hidupnya sepanjang 15 tahun hanya bersama Tuan Harraz, walaupun garang tapi garang tu lah yang akan kita rindu bila dah tak ada.
"Papa jangan tinggal Herra, mama dah tinggalkan Herra tak akan papa nak tinggalkan Herra jugak?" Soal Herra dalam nada suara yang sebak, tangan Tuan Harraz di genggam semakin erat.
Walaupun tangan papa rasa macam tidak bermaya lansung Herra tetap mengenggam tangan itu.
"Papa cepat sihat tau! Herra nak cakap dengan papa! Herra sayang papa," tersenyum Herra mengucapkan ayat terakhirnya itu, matanya dipejam dengan erat sebelum wajah Tuan Harraz yang pucat di atas katil pesakit itu di tatap.
"Herra rindu papa! Herra rindu nak berbual dengan papa, gaduh dengan papa dan Herra rindu nak dengar papa marah Herra! Papa bangunlah," Herra mengoncang sedikit tangan Tuan Harraz apabila dadanya mula terasa sebak dengan ayatnya.
"Herra nak dengar papa bebel dekat Herra macam mana dulu papa selalu buat! Herra sayang papa! Herra nak dengar suara papa! Herra rindu!"
"Papa maafkan Herra sebab selama ni Herra banyak buat salah dekat papa, Herra minta maaf sebab Herra selalu menyusahkan papa,"
"Herra tahu selama ni papa kerja keras cari duit untuk sara hidup Herra, Herra tahu walaupun papa senyum sebenarnya papa tengah fikirkan masalah syarikat kan? Herra tahu papa pernah tak cukup duit sebab Herra pernah dengar papa mengeluh dalam bilik,"
"Herra minta maaf sangat-sangat menyusahkan papa, kalau lah Herra pergi je macam mama dengan kakak mesti papa susah payah kerja untuk Herra," panjang Herra neluah kata-katanya, nada suaranya kedengaran sebak sepanjang dia meluahkan kata-katanya.
"Herra rindu papa! Papa tak rindu ke nak marah Herra macam selalu dulu?" Soal Herra dengan air mata yang bertakung dalam tubir mata, teringat akan setiap waktu-waktu dulu yang Tuan Harraz selalu marah dia sebab keluar rumah, balik lewat dan pasal kes Tangkap khalwat tu.
"Herra sayang papa!" Herra berkata sebelum kepala terus disembabkan pada tangan Tuan Harraz di atas katil pesakit itu.
Nasib Raes boleh tolong bayarkan bil hospital Tuan Harraz, nak harapkan duit dia ada berapa je dah lah tak kerja lagi. Plan asal memang nak kerja tapi itu lah dah ada masalah menimpa terpaksalah tunda dulu hasrat tu.
Raes yang berada di muka pintu hanya mampu menayangkan wajah simpati, dia risau akan keadaan Herra.
Dia dengar setiap perkataan yang Herra katakan pada Tuan Harraz, dia daripada kedai bawah tadi belikan sikit air dan makanan untuk Herra sebelum tu dia dah pun jumpa doktor yang merawat Tuan Harrazz
Apabila melihat Herra yang sedang menyembabkan mukanya pada katil rasa simpati Raes terhadap Herra semakin meningkat.
"Saya bukan nak tentukan takdir tapi kalau ikutkan Tuan Harraz mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pulih dan sedar dari koma," Kata Doktor Aryan iaitu doktor yang merawat Tuan Harraz semasa di dalam ICU tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/376099676-288-k437931.jpg)
YOU ARE READING
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...