"Awak cakap apa dengan menantu kita tu?" Soal Dato Rayqal sebaik sahaja Datin Sara masuk ke dalam bilik tidur mereka. Dia tahu sangat yang Datin Sara mesti ada cakap yang bukan-bukan dengan Herra tadi dekat dapur.
"Kita?" Soal Datin Sara dengan wajah yang jelas menyampah, Dato Rayqal letak telefon atas meja sebelum dia pusing menghadap Datin Sara yang sedang duduk di birai katil.
"Apa lagi ugutan awak dekat Herra tu?" Soal Dato Rayqal dengan wajah selamba, nak tahu dari mulut Datin Sara sendiri.
"Awakkan tak suka dia? Mesti awak ada ugut dia apa-apa?" Dato Rayqal berkata lagi dengan wajah tegangnya, sedangkan nada suaranya berbunyi sindiran.
"Ugut apa? Awak cakap apa ni?" Berkerut dahi Datin Sara apabila Dato Rayqal seperti dah tahu yang dia memang ada ugut Herra pun tadi.
"Awal jangan nak tuduh saya! Saya tak ugut Herra," Datin Sara menayangkan wajah mendatar, cuba untuk sembunyikan wajah terkedunya bagaimana Dato Rayqal boleh tahu.
"Awak ingat saya tak tahu? Awak nak cakap ataupun saya sendiri yang pergi tanya Herra?" Ugut Dato Rayqal pula dengan wajah polos, Datin Sara tahan geram.
"Tanyalah! Awak ingat saya kisah?" Soal Datin Sara dengan nada suara berlagak, acah macam tak kisah padahal dalam hati dah takut kalau-kalau Herra bagitahu Dato Rayqal.
"Okay, awak cabar saya?"
"Fine! Saya cuma suruh dia mintak cerai! Kalau tak saya akan tetap cari calon supaya Raes kahwin dengan pilihan saya," Datin Sara berkata dengan senyuman sinis.
"Astagfirullah, awak kenapa ni? Awak nak dia hidup bermadu ke apa?" Soal Dato Rayqal dengan nada suara pasrah, wajahnya jelas terkejut. Kejamnya isteri dia? Dia sendiri tak pernah terfikir untuk duakan DAtin Sara, tapi dengan selambanya Datin sara nak duakan menantu sendiri.
Betullah apa orang cakap, bila kita tak kena, kita tak akan faham dengan situasi tu, kita tak rasa deritanya jadi dia, kita tak akan faham dia sebab kita bukan dekat tempat dia oleh disebab itulah kita akan mudah memperlekehkan orang, main-mainkan masalah dia, gelakkan dia, rasa macam dia ni tak matang/waras sebab buat keputusan macam tu! Tapi cuba kita dekat tempat dia?
Kalau nak buat buruk dekat orang fikir dulu, macam mana kalau kita dekat tempat dia? Apa yang kita akan rasa? Ingatlah tak semua orang bertuah macam kita dan malang macam kita, atau mungkin lebih teruk! Sebabtulah tak semua orang pandai bersyukur dengan setiap nikmat yang ada. Janganlah rasa diri tu terpaling teruk, bermasalah dan dapat ujian paling teruk sebab ada orang yang lebih teruk daripda kita. Sekian.
*Sorry saya pun tak tahu kenapa saya tulis ayat dekat atas ni, tapi saya minta maaf kalau ayat ni buat korang rasa annoyed, saya minta maaf cuma sekarang ni saya rasa pelik sangat bila dia yang buat jahat dekat orang, dia lansung rasa tak bersalah.* back to chapter.
"Saya tak boleh terima dia awak... dia tak setaraf dengan kita! Saya nak tengok anak lelaki saya bahagia dengan perkahwinan yang indah! Bukan terpaksa macam ni," Datin Sara mengeluh dengan wajah yang kesal.
Ibu mana je yang nak tengok anak kena kahwin paksa macam ni?
"Saya faham maksud awak tapi semua yang terjadi ni adalah takdir. Awak tak boleh salahkan takdir, Herra pun tak salah lansung dalam hal ni," panjang Dato Rayqal berbicara. Datin Sara ketap bibir menerima kata-kata daripada Dato Rayqal.
"Saya dah cuba nak terima dia, tapi saya tak boleh," Datin Sara meluahkan isi hatinya.
Apabila nmendengar kata-kata Datin Sara, Dato Rayqal terus mengatur langkah menuju ke arah Datin Sara di birai katil.
Punggung dilabuhkan disisi Datin Sara.
"Saya dah cuba awak! Saya cuba terima perempuan tu, tapi tak boleh! Saya rasa dia tak sesuai dengan anak kita! Bukan sesuai setaraf pun tak!"

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...