"Raes kata dia nak pindah duduk rumah dia, kamu tahu?" soal Datin Sara sambil menumis bahan masakan di dalam kuali.
herra yang sedang memotong cili kering itu mengangkat wajahnya apabila mendengar Suara Datin Sara.
Dia dapat rasakan ada sesuatu yang akan menyakitkan hatinya kejap lagi.
"Saya tahu," balas Herra perlahan dengan wajah yang agak hairan apabila Datin Sara bersuara.
Dari tadi mereka berdua di dapur, hanya diam dan masing-masing memasak bercakap pun bila Datin Sara nak arahkan dia buat kerja...tiba-tiba je Datin sara buka topik.
"Jadi betullah kamu berdua akan pindah duduk sana?" soal Datin Sara tanpa memandang Herra.
gadis itu hanya diam, Herra mengetap bibirnya sebelum dia menyambung memotong cili kering untuk dibuat sambal nasi lemak.
"Pasal Cerai apa cerita? awak ada bincang dengan Raes?" soal Datin Sara bernada perlian, Herra hanya mengabaikan soalan dari mak mertuanya itu sebaliknya dia hanya menyambung kerjanya.
Di sebabkan minta cerai tu lah dia dan Raes bergaduh semalam.
"Awak dengan Raes dah rapat ke? Awak lupa ke apa yang saya suruh awak buat?" soal Datin Sara dengan sinis sebelum Herra terus melepaskan pisau di tangannya, kepala diangkat memandang Datin Sara.
"Mummy memang nak saya minta cerai ke? memang tak ada lansung ke peluang untuk saya?" Soal Herra dengan wajah yang kelihatan sedikit bengis kerana dah tak sampai hati nak bicarakan soal cerai dengan Raes.
Datin Sara turut menoleh memandang Herra dengan wajah kosongnya.
"Awak ada nampak saya macam main-main ke?" soal Datin Sara dengan sinis, wajahnya tetap kosong.
Herra ketap bibir, rasa sabar dalam hatinya cuba dipupuk.
"Awak ni cuma nak harta dari keluarga kami, saya tahu! Setiap orang yang melangkah masuk dalam keluarga kami pasti akan pasang niat nak dapatkan harta," Datin Sara berkata dengan wajah yang sinis, dia masih dengan kata hatinya, orang zaman sekarang hanya mahukan harta, pangkat dan darjat.
"Tak, Herra tak pernah pun fikir nak ambik harta Raes, apa yang Herra dah ada sekarang ni pun Herra dah bersyukur sangat-sangat,"
Herra berkata dalam nada suara yang agak sebak, macam manalah Datin Sara boleh ingat dia sengaja nak rampas harta Raes? dia tak adalah miskin mana kalau nak ambil harta orang lain.
Datin Sara menoleh memandang Herra, matanya tajam.
"Macam mana saya nak percayakan awak? apa bukti yang awak ada?" Datin Sara menayangkan wajah menyampah, ingat dia akan senang-senang je ke kena tipu?
Herra terdiam, dia ketap bibir, kalau dah sampai perlukan bukti memang tak lah dia akan menang, sebab hanya dia sorang je yang tahu apa niat dia.
"Kenapa Mummy tak suka Herra? dulu masa kes kami tu baru lagi, mummy sendiri yang paksa Herra kahwin dengan Raes," Herra mula soalkan kepelikannya, dia masih ingat lagi waktu yang mula-mula dia jumpa Datin Sara dulu!
"waktu tu saya cuba untuk terima awak saya ingatkan awak ni baik, tapi sekarang baru saya menyesal sebab paksa awak kahwin dengan Raes!" tajam setajam pisau yang digunakan oleh Herra tadi, satu hirisan boleh membuat semua cili terpotong.
Herra terkedu. Menyesal? Datin Sara betul-betul menyesal sebab terima dia dulu?
serta merta tubir mata Herra terasa hangat, dia rasa sangat tak dihargai dalam rumah ni, kehadiran dia dekat dalam rumah ni buat dia semakin sakit hati dengan perangai semua antara mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...