"Mama!! Jangan apa-apakan papa!!" Herra menjerit dengan kuat apabila melihat ke arah Puan Kairina yang sedang menghulur pisau ke arah Tuan Harraz di depannya.
Dia nak pergi dekat Tuan Harraz tapi tangan Puan Kairina kuat sangat menahannya.
"Aku nak anak aku! Kau tak ada hak nak ambil dia daripada aku!" Puan Kairina berkata dengan penuh dendam, dua tahun dia merana cari Herra lepas Tuan Harraz cerai kan dia!
Tuan Harraz ketap bibir, dia pasrah, rasanya dia memang sepatutnya dibunuh kerana telahpun pisahkan ibu dan anak itu selama 2 tahun.
"Mama jangan bunuh papa!" Herra meraung sekuat yang boleh supaya Puan Kairina berhenti menyuluh pisau ke arah Tuan Harraz.
"Mama!! Jangan bunuh papa! Herra sayang mama dengan papa!"
"Kau diam Herra! Aku benci papa kau! Ehh Harraz kau jangan ingat aku akan biarkan kau hidup bahagia dengan Herra!"
"Kau tak tahu betapa tersiksanya aku hidup tanpa anak aku dekat sisi aku!" Puan Kairina berkata dengan air mata yang berjurai-jurai gugur
"Kau pisahkan aku dengan anak aku! Kau sepatutnya mati!" Puan Kairina menjerit dengan kuat, dia dah separuh gila sekarang ni.
"Abang minta maaf! Abang tahu abang salah," Tuan Harraz berkata dengan wajah yang penuh kekesalan.
"Abang pun tak kan mampu hidup tanpa anak-anak abang! Abang sayang dia orang," Tuan Harraz melangkah mendekati Puan Kairina.
"Kau tak payah nak sayangkan anak aku! Kau yang pilih untuk ceraikan aku! Kau kena hadap semua yang jadi lepas tu!"
"Abang tak sanggup hidup tanpa korang bertiga dalam hidup abang!" Tuan Harraz berkata dengan nada suara yang jelas kecewa, Puan Kairina ketap bibir, matanya mencerlung tajam memandang Tuan Harraz.
"Argh!!!!" Puan Kairina menyebak rambutnya kebelakang, dia mula serabut dengan setiap apa yang Tuan Harraz katakan.
"Rina, kita boleh bincang balik, abang taka da niat pun nak pisahkan korang, percayalah," Tuan Harraz melangkah menghampiri Puan Kairina.
Puan Kairina memejam erat matanya dia memegang rambutnya yang terurai dengan kuat.
"Kairina?" Tuan Harraz berada di belakang Puan Kairina, sempat juga Tuan Harraz membuat isyarat tangan supaya Herra mendekatinya,
apabila terasa ada tubuh yang dekat dengannya Puan Kairina terus pusing ke belakang dah ingin menikam ke arah Tuan Harraz, namun tubuh anak kecil yang berada pada dukungan Tuan Harraz menjadi mangsa.
"Mama jangan!" Herra menjerit sekuat yang mungkin.
"Mama! Jangan bunuh papa!"
"Mama! Papa!"
"Mama stop!"
"Herra?" Terbutang luas mata Herra apabila melihat ruang bilik tidurnya di depan mata, Herra terus bangun daripada baringanya, air mata Herra berjurai keluar.
Dia menoleh memandang gerangan suara yang memanggilnya tadi.
Jelas terpapar wajah Raes di depan matanya, Raes sedang duduk di sebelahnya, Herra terus menangis dengan teresak-esak apabila sedar itu hanyalah mimpi buruk, air matanya tidak berhenti mengalir.
Wajahnya yang berpeluh dengan kencang di diabaikan malah dia terus menangis dengan sangat kuat.
Raes memandang Herra dengan wajah yang jelas terkedu, peluh di wajah Herra di pandang sebelum tangan Raes naik mengesat peluh tersebut menggunakan tapak tangannya.
"Herra? Kenapa badan kau macam panas ni? Kau demam ke?" Soal Raes dengan wajah yang mula risau.
"Raess..." meleret suara Herra memanggil lelaki itu seperti sedang ingin bercakap sesuatu.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...