BAB 30

292 23 3
                                        

"Mummy daddy, Raes pergi dululah nanti lambat pula masuk office," Raes menunduk menyalam kedua tangan orang tuanya, Herra hanya memerhati sambil menunggu gilirannya.

Karang kalau dia yang mula-mula pergi salam nampak pelik pulak, dah lah Datin Sara tu dah jeling-jeling tadi jelas sangat tak puas hati!

Seperti yang dirancang.... Mereka akan pindah masuk rumah Raes, katanya nanti Lepas hantar Herra pergi rumah dia baru Raes akan pergi office, tapi tak tahulah sempat ke tak....

"Ye lah, ni Raes elok-elok tau bawak kereta, kalau boleh cepat-cepat bagi Daddy cucu," usik Dato Rayqal dengan bibir yang menahan senyum, saja ingin mewujudkan situasi mesra antara mereka.

Raes usap belakang lehernya, janggal. Herra pula tak kalah malunya, wajahnya sudah pun merah kerana malu.

Aduhh! Apa ni? Memalukan betul la!

"Apa lah daddy ni," Raes berkata sebelum tawa Dato Rayqal dan Raes tercetus, Datin Sara sudah menayangkan wajah menyampah.

Dia pandang Herra tajam dengan mata yang memberi peringat kepada Herra 'jangan melebih ya!'

"Ehh? Dah kenapa nak kena bagi cucu? Tak fahamlah saya, dia orang ni akan bercerai nanti tak payah nak bagi cucu bagai!" Datin Sara sinis! Kata-katanya tajam sehingga membuat semua orang di muka pintu terkedu.

Semua memandang Datin Sara dengan wajah yang tidak percaya. Wah! Tajam mulut Datin Sara ni sebenarnya, Herra hanya ketap bibir apabila Datin Sara berkata sinis dia pun dah tak tahu nak balas apa.

"Ingat ya Raes! Mummy tak nak korang ambil masa yang lama untuk bercerai, cukup sampai projek Xara Holding siap dan reputasi syarikat naik balik, faham?" Soal Datin Sara dengan tegas, wajahnya tidak terselit sedikit pun senyum nak tunjuk dia tak main-main

Herra muka gerun, Raes dah kerut dahi dengar apa yang Datin Sara cakap dalam hati dia dah pelik sangat, kenapa Datin Sraa ingat dia orang akan bercerai?

"Mummy cakap apa ni?" Soal Raes dengan wajah yang sangat binggung, dahinya berkerut sebelum dia memandang Herra yang sedang menayangkan wajah sedikit terkedu.

"Awak kenapa ni Sara? Dari tadi saya dengar awak asyik merepek je? Aduhh..." terus meletus tawa Dato Rayqal dengan gelengan kecil di kepalnya.

Agak-agaklah kalau nak main-main pun Sara....

"Ehh? Saya tak merepeklah! Apa saya cakap tu betul! Saya nak dia orang bercerai dan Raes kahwin dengan orang yang lebih cantik, setanding dan setaraf dengan kita!" Kata Datin Sara dengan nada suara yang naik seoktaf, masing-masing terkedu.

Terus dijeling wajah Dato Rayqal yang tak faham maksud ayatny tadi! Sejak bila dia merepek? Hah?

Setelah beberapa ketika, Datin Sara pandang semua orang dengan wajah yang kelihatan sedikit cemas. Alamak! Dia dah terlepas cakap, serta merta matanya membulat.

"Apa maksud mummy ni?" Soal Raes dengan perasaan curiga, wajah yang kelihatan mula tegang.

Herra hanya tunduk, tubir matanya mula terasa hangat apabila mereka semua dengar sendiri daripada mulut Datin Sara.

"Who said that Raes and Herra akan cerai?" Soal Raes dengan wajah serius, dan sangat gerun. Hilang mood dia nak pindah pagi-pagi ni dengan Datin Sara.

Anak mata Datin Sara di tatap dalam.

"Raes nak marah mummy ke?" Soal Datin Sara dengan perasaan yang geram, lagi-lagi apabila Raes pandang tajam muka dia.

Herra disebelah Raes yang sedang menunduk itu menjadi tatapannya.

"Dah! Sudah! Tak payah gaduh! Awak kenapa ni? Herra dah jadi isteri Raes yang sah!" Dato Rayqal turut mula bertegas apabila melihat wajah Berra yang terasa dengan kata-kata Datin Sara.

CINTA DIA KEMBALITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang