"Mana Raes ni? Kenapa tak jawab mesej aku lansung?" Soal Herra sambil mengetuk-ngetuk telefon pada tapak tangannya.
Lelaki tu kata nak balik awal hari ni tadi sebelum pergi kerja tapi sekarang dah pukul 10? Awal apanya macam ni?
Herra melangkah ke arah balkoni kecil yang berada di dalam bilik itu. Pintu sliding kaca itu di tolak ke tepi sebelum Herra melangkah keluar dan menyandar ke palang balkoni.
Tubuh dia terasa sejuk dengan angin malam ni.
Suasana malam di tatap olehnya sambil melihat skrin telefon, ni betul-betul tak reply. dari tadi dah nak dekat 20 mesej dan 5 call dia cuba buat tapi semuanya tak angkat.
Rasa risau mula terbit, Raes sendiri cakap dengan dia tadi nak balik awal, kalau balik waktu macam ni kira tak awal manalah.
Herra peluk tubuh, sejuk.
Apabila sudah hampir 3 minit melayan perasaan Hera akhirnya masuk ke dalam bilik mereka semula, pintu balkoni ditutup rapat sebelum kakinya ingin melangkah ke katil.
Apabila berjalan di hadapan meja kerja Raes, langkah Herra terhenti, meja yang menempatkan tempat kerja Raes dituju.
Atas meja ditatap dengan wajah bersahaja.
Dahinya berkerut apabila matanya terhenti pada satu gambar yang terdapat dalam frame berwarna putih.
Gambar kahwin mereka? Sejak bila gambar ni di print? Dia tak tahu pun?
Herra pandang gambar kahwin mereka, perit untuk terima kenyataan dia kena kahwin dengan lelaki yang dia tak kenal.
Herra terus mencapai frame tersebut dan tersenyum ringkas.
Apabila tangannya memegang frame itu tangannya tersentuh sebuah nota kecil yang terselit di bekakang frame itu, dengan perasaan ingin tahu nota itu di cabut dan di buka untuk dia baca.
It was so surpised we're destined together! In an unfortunaly we're meet but create the best memories!
Herra terkedu membaca ayat daripada nota itu, sebelum wajah terkedunya bertukar ke senyuman segaris, tak sangka sampai ke nota dia bagitahu rasa hati dia!
Pendek tapi betul-betul menusuk ke dalam hati Herra.
Herra membuka telefonya sebelum aplikasi camera di buka beberapa keping gambar nota itu diambil dan di teliti semula.
"In an unfortunaly we're meet but create the best memories," Herra membaca ayat itu sebelum tawa kecil tercetus, Herra geleng kepala beberapa kali sebelum dia kembali meletakkan frame ke atas meja.
Dia perlu simpan benda-benda comel macam ni, buatnya nanti dah tak ada? Siapa yang rindu? Dia jugak...
Herra cuba belek lagi kawasan meja kerja Raes tu, manalah tahu jumpa ayat lain pulak kan?
Tapi dh tak ada, dia pun terus melangkah kearah katil, rasa macam sedap pula nak tidur.
Dari tadi senyuman tidak lekang daripada bibir Herra, mungkin terharu kot?
Klak!
Raes melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka, akhinya balik pun!
"Ehh? Awak dah balik?" Soal Herra dengan wajah terkejutnya, baru beberapa minit seru nama Raes tak sangka dah sampai rumah dah?
Raes menoleh memandang Herra apabila mendengar suara gadis itu, apabila mata mereka berlaga Raes hanya menayangkan wajah mendatar.
Tanpa menghiraukan Herra, Raes terus berjalan menuju ke meja kerjanya sebelum blazer hitamnya di letakkan ke atas kerusi.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...