BAB 25

289 18 1
                                    

Herra membuka matanya dengan perlahan, dia mengangkat tubuhnya untuk naik tinggi sikit ke atas bantal di kepala supaya dia dapat melihat kawasan persekitaran, dia tak pernah pula nampak bilik ni?

Wajah Herra mula kelihatan pelik apabila tangannya menyentuh katil yang empuk dan selimut yang tebal.

Dahi Herra berkerut tatkala melihat ruangan bilik Raes di depan matanya, aik? Sejak bila dia balik rumah? Kenapa dia lansung tak sedar? Dan macam mana dia boleh ada dekat dalam bilik sekrang ni? Dan ni bilik siapa?

Wajanya masih lagi mamai apabila baru bangun daripada tidur.

Herra melihat ke arah jam yang tergantung pada dinding bilik itu, dahinya semakin berkerut. Baru pukul 5:30 pagi, masih subuh, matanya kemudian menoleh memandang ke sisinya yang sudah pun tiada orang. Dahi Herra semakin berkerut. Mana pula Si Raes ni?

Mata Herra meneliti sekeliling kawasan bilik sebelum ternampak Raes yang sedang membaca doa selepas solat, belakang tubuh lelaki tegap itu di tatap dengan keluhan.

"Ya Allah kau berilah kekuatan kepada kami untuk menghanghadapi ujianmu. Kau berilah keberkatan dalam setiap langkah kami menghadapi ujian ini. Jika pengakhiran kami dengan perpisahan kau berilah kemudahan untuk kami menempuhi ujian mu,"

"Jika Herra memang gadis yang kau kurniakan menjadi bidadari syurgaku, kau bukalah hatinya untukku, kau terbitkanlah rasa sayang dan cinta kepadaku dan kau ikhlaskanlah hatinya untukku ya Allah. Jika dia untukku aku terima dengan seikhlas hati kerana kau telahpun terbitkan rasa sayang padanya, sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pemberi kurnia, Amin," Raes mengaminkan doanya sebelum dia tersenyum ringkas.

Herra terkedu mendengar setiap ayat daripada doa Raes, dia baru perasan yang Raes sedang membaca doa selepas solat subuh dan ayat doa lelaki itu membuat dia terkedu. Sampai hari ni dia masih tak boleh percaya yang Raes betul-betul dah suka dia, susah untuk dia terima seorang lelaki dalam hidupnya.

Tanpa Herra sedar Raes sedang memandangnya dari jauh, Herra terkedu apabila perasaan raes sedang memandangnya. Cepat-cepat Herra alih pandangan walaupun dah tak sempat sebenarnya.

"Kau dah bangun?" Soal Raes dengan wajah bersahaja sambil menyangkut sejadah ke tempat penyangkut, Herra pula masih dengan wajah terkedunya apabila Raes menyoalnya begitu.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Soal Herra dengan suara yang agak serak kerana baru bangun tidur.

Herra memandang Raes sebelum matanya mula kelihatan berkaca dengan perasaan bercampur baur, terharu, sedih and terkedu dalam satu masa.

Lama Herra memandang Raes dengan mata berairnya, semakin berkerut jugalah dahi Raes apabila melihat air amta yang bertakung dalam tubir mata Herra.

"Herra?" Soal Raes perlahan apabila melihat Herra diam tidak bercakap. Raes melangkah menghampiri Herra dengan wajah hairannya. Dia berdiri di samping Herra.

"Kau kenapa ni?" Raes memandang wajah Herra dengan wajah yang risau. dengan mata berairnya, dia ada buat salah apa-apa ke?

"Kau still sakit perut lagi ke? Kenapa ni?" Raes menayangkan wajah risaunya apabila Herra masih lagi diam tidak menjawab.

"Sakit perut ke? Nak aku beli apa-apa tak?" Pelawa Raes dengan nada prihatin. Ini yang membuat Herra benci bila Raes terlalu ambil berat pasal dia.

Herra mengangkat wajah memandang Raes sebelum wajahnya bertukar mendatar. Lambat laun Herra mengeleng juga kepalanya beberapa kali, tapi wajah Raes tetap binggung dengan Herra.

"Habistu?" Raes betul-betul dah binggung ni, tak faham apa yang Herra nak.

Herra mengesat air matanya menggunakan tangannya, dia tak nangis tapi entahlah air mata ni sibuk nak berlumba turun, senang cerita Herra masih terkedu dengan ayat doa yang dibacakan oleh Raes tadi.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now