"Raes mana?" Soal Fariez apabila dari tadi dia perasan Herra hanya seorang sahaja. Keluar dari wad berdua tapi balik semula hanya sorang.
"Raes? Dia pergi office kejap nak settle kan kerja," terang Herra perlahan sambil melangkah mendekati Tuan Harraz yang terkaku lemah.
"Hah? Bapa mertua sakit dia boleh uruskan kerja?" Soal Fariez dengan wajah yang berkerut Hebat. Semua terkedu memandang Fariez.
Herra tersenyum tawar sebelum kepalanya jatuh beberapa kali, Aulia sudah menayangkan wajah menyampah melihat perangai Fariez yang begitu.
"Urgent tu lagipun memang sepatutnya hari ni dia kena masuk office pun," kata Herra dengan wajah yang kelihatan sedikit sayu, dia memang mengharapkan Raes ada di sini untuk teman dia tunggu Tuan Harraz bangun tapi dah ada kerja yang nak kena diselesaikan sebelum hari ni nak buat macam mana.
"I don't get it, kenapa tak ambil cuti?" Soal Fariez lagi, dia mengangkat wajahnya memandang Herra dengan dalam wajah Herra nampak muram sahaja.
Herra tersenyum ringkas.
"Biarlah, lagipun Aulia ada boleh teman aku," Herra berkata dengan bibir yang terukir senyuman janggal, yang Fariez ni risau melebih asal?
"Haah, aku boleh je teman kau," Aulia tersenyum sinis sebelum dia melangkah mendekati Herra, terus jarak antara Fariez dan Herra tercetus lebar.
"Herra?" panggil Fariez sebelum Herra terus mengangkat wajah memandang Fariez
"Kau okay ke dengan lelaki tu?" Soal Fariez dengan wajah ragu-ragu, segala percakapan mereka nampak macam berlakon di mata dia.
"Kau bahagia dengan dia?" Soal Fariez lagi dengan nada suara curiga.
"Dia ada apa-apa kan kau ke?" Soal Fariez lagi dengan nada suara semakin kedengaran curiga, Herra ketap bibir sebelum dahinya berkerut.
"Kenapa kau tanya macam ni? Aku okay je lah," Herra tersenyum janggal, dia terus menoleh memandang ke arah lain.
Dah kenapa sampai ke Raes ada apa-apa kan aku pulak dia tanya? Sibuk betullah mamat sorang ni!
"Entah kau ni asal? Dia tahulah hidup dia dengan suami dia macam mana kau tak payahlah tanya-tanya," Aulia mula baran, sakit pula hati dia tengok Fariez ambil berat pasal Herra.
"Sorry, I'm just asking," Fariez tersenyum ringkas sebelum dia mengetap bibirnya. Satu situasi ketika dahulu terlayar di dalam fikirannya.
Tanpa berfikir lebih lama Fariez terus mengeleng kepalanya beberapa kali dan focusnya kembali pada Herra.
"You nak pergi mana ni Raes?" Soal Hazea dengan kening yang berkerut, dia mengejar langkah Raes yang dah pun berada sedikit jauh daripadanya.
"Raes! Wait for me!" Hazea terus cepat-cepat kejar Raes yang dah berada di pintu keluar pejabat.
Orang sekeliling dah pandang pelik dah macam orang gila tersesat banggunan.
"Wait for me! Eeee menyampah aku tengok," Qistina yang berada di tingkat bawah itu menejek Hazea yang sedang mengejar langkah Raes. Ikut kan hati nak je dia pergi sound si Hazea tu! Sakit hati!Nampak sangat gedik dia tu! Dah lah dia yang buat perangai masa majlis kahwin Raes dengan dia dulu sekarang tiba-tiba datang balik! Apa cite?
Apabila sampai dekat dengan tubuh Raes yang sedang berada di kawasan parking, Hazea tercungap-cungap mencari oksigen penat dia berlari berapa meter dari pintu keluar tadi ehh salah dari atas lagi.
"Raes sabar kejap I! I penat ni," Hazea terlihat sangat letih dan penat, Raes tersenyum sinis padan muka! Siapa suruh kejar.
"You nak apa?" Soal Raes dengan wajah yang kembali serius, tangannya disilangkan ke dada sambil memandang tajam wajah Hazea.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA DIA KEMBALI
Romance𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍�...