BAB 24

213 9 2
                                    

"Kenapa awak bawak saya datang office awak?" Soal Herra dengan wajah malas, tak faham betullah dia dengan si Raes ni! Dah lah cuti kahwin tak dapat! Maklumlah kahwin tanpa pengetahuan syarikat.

"Suka hatilah," Raes balas mendatar, matanya lansung tidak memandang Herra malah setia memandang kertas putih di depan mata.

Herra tayang wajah pasrah.

"Saya bosanlah, awak buat kerja habistu saya nak buat apa?" Soal Herra dengan nada suara tak puas hati, memang tak puas hati pun, lelaki ni asyik sakitkan hati dia je!

"Aku bawak kau datang sini untuk kau berkenalan dengan staff dekat sini," Raes memandang Herra dengan wajah mendatar, berkerut dahi Herra mendengar apa yang Raes cakap.

"Kenapa pulak nak kena berkenalan untuk apa?" Soal Herra dengan wajah yang memang sangat binggung, apalah yang si Raes ni merepek.

"Kau tu menantu kepada Dato Rayqal, ayah aku dan kau juga isteri kepada lelaki yang pegang jawatan CEO syarikat antara terbesar ni Malaysia, apa salahnya aku nak tunjuk dekat semua orang yang kau ni isteri aku," Raes berkata dengan wajah bersahaja.

Herra berdecit kecil dengan jawapan Raes.

"Masalahnya dah pukul berapa dah, saya nak balik. Bosan," Herra menayangkan wajah tak puas hati, Raes mengecilkan matanya memandang Herra.

"Tunggulah kejap," itu sahaja ayat Raes, dah tak tahu nak balas apa, sekarang baru pujul 7:30 petang mungkin kerja dia habis dalam pukul 9:00 malam kot.

"Aku tak boleh nak hantar kau sekarang nanti lagi lambat aku balik,"

"Ke kau nak balik naik grab?" Soal Raes apabila terlintas kecanggihan teknologi aplikasi grab itu dalam fikirannya, Herra memandang Raes lama

"Grab?" Soalnya dengan kerutan di dahi. Raes hanya mengangguk bagi menjawab soalan Herra.

"Saya sorang naik grab tu?" Soal Herra dengan wajah inginkan kepastian, apabila melihat Raes mengangguk sekali lagi Herra pantas mengeleng laju.

"Tak nak,"

"Why?" Soal Raes dengan kening bertaut, apahal pulak? Tadi nak balik sangat? Tak faham betullah aku dengan Herra ni.

"Tak nak, saya takut, takpe saya boleh je tunggu awak," Herra berkata dengan wajah yang gelisah, dia tak nak naik satu kereta dengan orang yang tidak dikenali takut nanti jadi apa-apa lagi.

Raes mengerutkan dahinya apabila melihat wajah gelisah Herra, dah kenapa yang pelik sangat Herra ni? Takut?

"Okay," Raes hanya mengabaikan sahaja persoalan dalam kotak fikirannya.

Herra terus menyandarkan tubuh ke sofa, setelah kali keberapa dia menguap kini dia menguap lagi, ngantuk pula tunggu Raes ni.

Herra terus menyandarkan kepala pada dinding sofa dan memejam erat matanya.

Raes selesai membuat kerjanya, jam sekarang telah pun menunjukkan pukul 8:50 malam, cepat sikit kerja dia siap hari ni, kalau ikutkan ada lagi cuma semua tu boleh buat dan habiskan esok.

Qistina memandang ke arah jam di pergelangan tangannya, dia nak balik sekarang ni memandangkan sekarang memang dah waktu dia balik, cuma dia pelik kepada Raes tak ada panggil dia pun satu hari ni.

Selalunya ada je tugas untuknya, bila dia tanya tadi nak air ke tak jawapan lelaki tu taknak, mungkin sebab ada Isteri dia kot?

Raes angkat kepala memandang Herra wajah gadis yang sedang terlena itu ditatap. Kesian Herra sampai tertidur tunggu dia. Dah lah tidur duduk mesti lenguh tengkuk.

CINTA DIA KEMBALIWhere stories live. Discover now