BAB 5

951 78 7
                                    

Melihat ruang dapur rumah mereka itu dengan hati yang senang.

Walaupun kecil dan kelihatan sederhana tetapi hatinya suka dengan apa yang lelaki itu sediakan.

Hidangkan sarapan lalu melangkah ke bilik mereka.

"Tak siap lagi??." Sapa Sofea lembut

Melihat suaminya itu masih duduk dibirai katil cuma berseluar kerjanya tanpa baju.

"Dah siap la.tapi tiber tak reti butangkan baju harini." Ujar Uzair tersengih lebar.

Akal.

"Tangan tuan kenapa hari?kena gigit semut lagi?." Tanya Sofea sengaja.

Tahu akal suaminya itu.

Tangan mencapai baju kerja yang sudah disangkut kemas sejak semalam.

Uzair mulai bangun dengan senyuman diwajah.

"Ada luka..ni nampak."

Melangkah lalu berdiri bertentangan.

Jari telunjuk kanannya diangkat lalu ditunjukkan pada isterinya itu.

"Uishhh..cedera parah ni." Balas Sofea sambil jari kasar itu di belek seketika.

Acah.

Terkopek sikit je..manjah!!

Lalu baju berloreng biru itu mula dipakaikan ke tubuh si suami.

Uzair cuma menahan tawanya.

Dua lengan kekar dibawa membelit pinggang Sofea.Dirangkul kemas.

Melihat lama wajah yang sibuk butangkan baju dibadannya sekarang ini.

"Terima kasih." Ujar Uzair perlahan.

Dahi yang terhidang di depan mata dikucup sekilas.

"Fea dah sihat.kalau Fea nak kerja boleh??."

Mula sangkutkan dagu di dada lelaki itu.

"Pasal ni kita dah cakap lepas keluar wad haritu kan." Balas dengan keluhan nafas panjang

Tahu isterinya itu tidak betah duduk dirumah.

"Kasihan kak Midah takde pembantu." Ujar dengan bibir terjuih.

Sejak berpindah ke sini,mula bekerja di kedai kek dan roti tidak jauh dari kuaters ini.

"Lagi kesian dekat kesihatan diri.Abang nak sayang berehat.Dah tiga kali miscarriage ni,abang nak sayang jaga diri."

Pujuk lagi untuk ke sekian kali.

"Fea janji alert dengan badan sendiri.."

"Alert pun..nanti kerja lasak kan.Nanti sayang sibuk nak angkat benda berat dekat dapur kedai sana."

Makin panjang terjuih bibirnya Sofea.

"Kena jaga diri je sekarang boleh?."

Sofea cuma menggangguk.

"Boleh.kalau...kita takde baby sampai bila-bila macam mana?." Tanya polos

"Kena usaha dulu.Kalau ditakdirkan takde,kita redha la.Abang minta Sofea jadi isteri abang bukan untuk bagi anak semata-mata." Balas Uzair panjang

Tahu gundah hatinya dan isterinya itu sama.

Hal zuriat tidak mahu diberatkan,bila dirinya faham bahawa urusan rezeki ini milik Allah SWT.

"Ye baikk...saya yang menurut perintah." Balas Sofea perlahan.

Hampir tidak kedengaran.

Saling menatap.

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now