Kelihatan kereta mewah lelaki itu memasuki pintu pagar luas yang kelihatan terbuka awal.
"Tiba-tiba risau." Gumam Sofea perlahan
"InshaAllah okey..Zara okey je kan?." Tanya Zaheen melihat cermin sisi hadapan
Kelihatan Zara di belakang sana comel dengan baju kurung peplum.Rambut ditoceng dua.
Comell!
"Oceyy.." balas meleret.
Sambil jari sibuk mengesek skrin telefon mamanya itu.
Tengok Didi.
"Jom..mama dengan papa saya dah tunggu." Ajak Zaheen mula menguak pintu bmw x4 itu.
Sofea cuma mengikut.
Lalu melangkah dan pintu bahagian Zara di kuak.
"Zara nanti behave okey,duduk sopan je." Pesan Sofea lembut.
Sempat dibetulkan kedutan baju kurung ditubuhnya.
"Oceyy."
"Awak,saya okey tak pakai macam ni?." Sempat ditanya pada Zaheen.
"Okey..elok.Dah manis sampai rasa nak ajak nikah harini." Balas lelaki itu manis tersenyum lebar sejak tadi.
Sofea pula membahang.
Berjalan beriringan ke pintu utama.
"Dah sampai?." Sapa Puan Sarimah itu perlahan.
"Assalamualaikum Aunty." Terus kekura tangan wanita sebaya Makda itu di salam.
Kedengaran salamnya dijawab perlahan.
"Masuk la.." ajak wanita itu dengan senyuman nipis.
Sofea cuma mengikut langkah Zaheen.
"It's okey.. bertenang.Mama nak kenal dengan awak je." Bisik lelaki perlahan
Sofea cuma tersenyum nipis.
Zara pula cuma melihat sekeliling.Teruja.
"Jemput duduk." Sapa papa Zaheen Encik Zahir pula
Yang sejak tadi siap di duduk di kerusi meja makan itu.
"Zara salam."
Lalu anak kecil itu menyalami lelaki tua itu.
Encik Zahir cuma tersenyum mesra.
Sofea pula menyapa adik lelaki itu Asnara yang mula bangun saat nampak kelibat mereka.
Nampak manis wanita itu.Murah dengan senyuman.
Mula duduk di meja makan berenam.
"Hen bagitahu Fea kerja dengan Nora ya?." Soal puan Sarimah
Saat mereka mula makan petang.
Hidangkan mee goreng dengan kuih muih penuh dimeja makan itu.
"Ye betul." Balas lembut
Pertama kali jejak kaki ke sini selepas setahun mengenali lelaki itu.
Gugup hatinya.
Melihat rumah villa ini sahaja,kakinya gigil.
Kelihatan wanita itu cuma menggangguk.
"Takpelah kerja apa pun boleh,janji halal kan adik kan." Celah encik Zahir ramah.
Memandang Zara dengan senyuman.
Zara cuma tersenyum sama.Duduk disebelahan unkel Aheen dia sopan.
"Kalau mama dengan papa setuju,Hen cepatkan majlis nikah." Ujar Zaheen tiba-tiba
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
RandomFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...