Ingatkan onar makcik Hajar habis cuma dengan air panas saja.
Hari ini makin hebat lakonan emak mertuanya itu.
"Mak dah makan?." Sapa Uzair saat pulang dari kerja.
"Belum..mak minta Fea masakan siakap tiga rasa,Fea cakap ikan tu takde dekat kedai.Mak tak lalu makan kari dah." Ujar Makcik Hajar lembut
Wajah sendu dipamerkan pada anaknya itu.
Sofea sudah terkebil-kebil matanya.
Tersentak.
Tadi makan siap bertambah...
Uzair membawa matanya memandang isterinya itu yang kelihatan sibuk mop lantai.
"Owhh.. kalau macam tu,jom la kita makan dekat luar.Mak siap la,Achik mandi kejap." Balas Uzair perlahan
Keluh ditarik panjang.
Sofea cuma berdiri tegak dengan kayu mop ditangan.
"Ha boleh,mak teringin jugak nak jalan-jalan.Achik sibuk je,Sofea mana mahu bawa mak jalan kalau Achik takde." Bebel makcik Hajar mula bangun
Melangkah berpapasan dihadapan Sofea dengan senyuman sinisnya.
Uzair pula melangkah ke bilik mereka sambil kepala tidak gatal digaru kasar.
Lemas perut gini..
Tiba-tiba kedengaran lolongan dari maknya lagi.
"Aduiiiii sakitnya." Pekik makcik Hajar kuat
Sofea sudah kelam kabut memegang bahu mertuanya itu agar tidak terlentang ke lantai.
"Apasal lagi ni?." Celah Uzair kelam kabut mendekat.
"Mak jatuh." Balas Sofea perlahan
Dilihat lantai didepannya.
"Licin la.Lutut mak tak kuat." Balas makcik Hajar mula memegang pinggul bila jatuh terhempas tadi.
"Allahu..boleh bangun tak ni?."
Menarik tubuh maknya perlahan.
"Waktu sekarang nak mop lantai dah kenapa ni?." Marah Uzair dengan wajah tegang
Lalu dikendong maknya ke bilik.
Diletakkan dibirai katil.
Minyak urut diambil kalut.
Sofea melangkah mendekati mak mertuanya itu.
"Mak..Fea minta maaf."
Dua tangan digenggam sesama sendiri.
Risau.takut.
Tidak pernah dimarahi begitu.
"Minta maaf berapa ribu kali pun tak baik kalau sakit." Bebel Uzair terus.
Sudah lupa dengan tutur katanya bila kerisauan diletakkan diatas.
Lalu duduk dilantai.
Minyak angin disapu pada kaki makcik Hajar itu.
"Mak okey,seliuh sikit je.Achik jangan la marah Fea." Kedengaran ayat memujuk kononnya itu.
Sofea cuma berdiri tegak disitu.
Serba salah.
Tahu salahnya hari ini.
Kedengaran Uzair menghela nafas panjang.
"Achik bungkus je,mak duduk rumah la."
Lalu penutup minyak angin ditutup rapat.
Bangun melangkah ke bilik mahu bersihkan diri.
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
RandomFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...