BAB 18

1K 103 15
                                    

Duduk di kerusi klinik kesihatan itu sambil menunggu giliran namanya dipanggil.

Selepas berubat pertama kali dengan Ustazah Roziah.

Pada keesokan harinya Makda dan Pakda membawa Sofea ke klinik semula membuat pemeriksaan.

Dan sungguh benar di rahimnya ketika itu sedang tumbuh satu nyawa yang sudah berusia 12 minggu.

Syukur Alhamdulillah.. sempat selamatkan.

Tangan naik mengusap perutnya yang mulai kelihatan.Usia kandungan mulai memasuki bulan ke lima sekarang.

Masih meneruskan sesi berubat bersama ustazah Roziah untuk habiskan sisa sihir yang ada padanya.

Seketika kedengaran nama dipanggil.

Sofea mula bangun melangkah ke bilik rawatan ibu mengandung itu seperti kebiasaannya.

Hampir satu jam di klinik itu mulai melangkah masuk kereta.

"Ye sabar..kejap kita cari makanan." Bual Sofea lembut.

Hasil pemeriksaan tadi,dapat di dengar dengup jantung anaknya.

"Awak dah besar ni.." Gumam Sofea tersenyum

Mula memandu balik ke kilang Pakda semula.

Tidak mahu manja dan susahkan kedua orang tua angkatnya itu.

Sofea masih juga bekerja di kilang.Ada kala membantu di galeri songket milik Makda.

"Nanti kita makan dengan Tokda."

Bila perut mulai berkeroncong sekarang.

Sempat singgah membeli makanan dan alas perut dengan kuih.

Selera makannya berlipat kali ganda.

Memarkir Myvi merah Pakda itu di ruang yang ada.

Lalu melangkah perlahan masuk ke ruang kerja.

"Lambat hari ni?." Sapa kak Suri yang sibuk mencanting kain putih di depannya

"Check up harini.Sofea bagitahu dah semalam kan." Balas Sofea terus

Tahu wanita itu mahu cari pasal.

Sejak bekerja dan mereka tahu Sofea hamil tanpa ada suami,semua seakan memandang serong padanya.

"Yelaa tu,Pakda suruh habiskan kain ni harini.Kau jangan nak mengelat lenguh ke sakit pinggang ke apa.Orang lain pun mengandung jugak." Bebel kak Suri dengan wajah jengkel

"Buat jela kerja..duk bebel kerja orang dah kenapa." Balas Sofea selamba.

Sejak sekarang hatinya mulai kebal.

Sudah penat ditindas.

Bangun Sofea,jangan lembik nanti orang buli kau.

Ayat itu selalu diterapkan ke dalam diri sejak tahu dirinya perlu kuat demi dirinya dan anaknya nanti.

"Sofea,dah makan?pergi makan dulu." Sapa Pakda yang menjenguk

"Sofea siapkan yang ini dulu." Balas sambil tangan cepat mencanting di kain yang ada.

"Ha yela..Petang nanti sebelum Asar balik dulu.Singgah rumah Ustazah ya.Pakda dan Makda tak dapat teman harini." Ujar Pakda

"Baik..Sofea boleh pergi sendiri Pakda."

Balas tanpa mengalihkan wajah.

Seketika Pakda berlalu.

"Kau buat apa dekat rumah Ustazah tu kerap-kerap sangat?." Tanya Milah pula

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now