Mencelikkan mata bila terasa bahagian perutnya sakit menyucuk.
Satu tangan di bawa ke sana susah payah.
Pergerakan sedikit lambat.
Mengerling ke bawah,dilihat anak lelakinya tidur pulas di toto berhadapan televisyen.
Suaminya pula tidur di bilik yang bertentangan dengan katilnya.
Kedengaran suara mendengus ditepi katil.
Perlahan jari-jemari dengan kuku panjang merangkak naik ke katil.
Sesekali memandangnya.
Mahu bersuara,tetapi suaranya seakan disekat.
"Datangg lagii." Bisik dengan suara gemersik sesekali senyum menyeringai terbias jelas.
Lalu perlahan naik merangkak keatas tubuhnya.
Wajah mereka di dekatkan.
Wajah tanpa wajah dengan mata merah mendekat pada mukanya.
Tubuh sedaya upaya digerakkan.
"Kau tuan,aku pendamping."
Sebut makhluk itu saat wajah mereka cuma sejengkal.
Makcik Hajar menutup mata rapat.
Dibuka semula.
Terus hilangkan kelibat tadi.
Buk!!
Tubuh yang berusaha digerakkan tadi terkalih,lalu jatuh ke bawah lantai.
"Erm..ermmm." kedengaran suara makcik Hajar sayup.
Bila wajah terpenyet ke lantai.
"Allah..mak."
Kelam kabut bangun si anak.
Lalu Uzair kalut mengangkat dan dikendong maknya biar baring ke katil semula.
"Mak gerak sampai jatuh bawah kenapa?." Tanya dengan suara serak.
Baru satu jam tidur,
Bila makcik Hajar itu meracau-racau sudah beberapa kali sejak satu pagi tadi.
"Ermmm..emrmm." bebel dengan bahasa tak di fahami lalu air mata mulai banjir.
"Ye tahu sakit,jangan gerak la sangat." Ujar perlahan
Wajah diraup mahu hilangkan kantuknya.
"Kenapa?." Sapa pakcik Daud masih terpisat-pisat matanya.
"Jatuh bawah." Balas Uzair.
"Banyak kali jatuh ni." Jari naik menggaru kepala
"Kena tukar katil la Ayah.Susah tak ada penghadang."
Lalu tangan dibawa memeriksa lampin maknya itu.
"Patut la bebel.penuh." gumam perlahan
Kedengaran maknya mendengus dengan bebelan lagi.
"Ye.. Achik tukar."
"Takpe..angkat ke bilik air.ayah mandikan terus.nak subuh dah ni." Kata pakcik Daud pula
Uzair yang mendengar mula mengendong maknya ke bilik air.
Lalu di dudukkan di kerusi yang ada.
Dibetulkan sedikit bila makcik Hajar itu selalu lebih senget ke kiri tubuh badannya.
Berat di sebelah kiri.
Kelihatan tangan kanan itu menggenggam erat hujung baju Uzair.
"Mak mandi dulu,kejap Achik masak bubur." Ujar lembut.
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
AléatoireFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...