Kuala Kangsar,Perak
Berjalan perlahan dikaki lima,sempat lengan baju yang basah dilap sesekali.
Singgah untuk makan,melangkah mahu ke kereta hujan turun selebatnya sekarang.
"Tunggu kejap la macam ni gayanya." Gumam sendirian
Lalu jam di pergelangan tangan dilihat sekilas.
Hampir 6 petang.
Kedengaran telefonnya berdering.
Butang hijau di gesekan cepat.
"Selamat petang Tuan." Terus menyapa bila tahu gerangan yang menelefon itu.
"Ya baik.Saya masih di kampung Tuan.
Baru nak gerak balik pengkalan." ujar Uzair perlahan.Berbual pendek lalu menamatkan perbualan mereka dengan keluhan.
"Lama lagi nampak gaya ni."
Melihat hujan yang tiada tanda mahu reda.
Lalu sekotak rokok diambil dari poket seluarnya,dibuka lalu sebatang rokok dicapai.
Hujung rokok diletakkan di bibir lalu nyalakan api dari pemetik api.
Berdiri menyandar di tiang hujung kaki lima itu.
Asap rokok di hembus ke udara perlahan.
Melihat hujan yang turun ralit.
Seketika,habis sebatang rokok.
Masih juga hujan lebat.
Tiada tanda mahu berhenti.
"Encik nak masuk kereta?."
Tiba-tiba disapa suara halus.
Mula alihkan wajah ke sisi sebelah kanan.
Sedikit terpaku.
Kelihatan dipintu masuk kedai kek itu muncul seorang wanita beruniform kedai berkenaan menyapanya.
Bertubuh kecil tetapi tinggi lampai,
berambut ikal mayang diikat kemas.
Berkaca mata."Ya." Balas sepatah.
Gugup bila disapa wanita itu,
Bila detak jantungnya berubah arah dari kebiasaan.
"Encik guna la payung saya dulu."
Mula hulurkan payung berwarna hitam
"Takpe,saya boleh tunggu." Balas Uzair perlahan
Mata di bawa ke arah lain.
"Tapi parking tu dah mula naik air encik."
Lalu keduanya melihat ke arah ruang parking di seberang jalan sana.
Kelihatan air mulai menaik bila ruang longkang besar kelihatan melimpah dengan air hujan.
Uzair mengeluh perlahan.Jari naik mengusap kening.
"Err..Boleh pinjamkan?lepas alihkan kereta,saya pulangkan semula." Tanya Uzair mula memandang wanita tadi semula.
"Boleh,tak perlu pulang dulu pun takpe.
Hujan lebat tu.Lain waktu boleh bagi semula.Kalau tak,saya halalkan payung ni pada encik."Lalu serahkan payung hitamnya tadi kepada lelaki itu.
Terus melangkah masuk ke kedai semula.
Uzair cuma memegang payung hitam itu sambil mata belum dialihkan dari pintu kedai yang hampir tertutup.
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
AcakFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...