BAB 60 ‼️

8.1K 288 61
                                    

Melangkah sambil dua tangan mereka saling bertaut erat.

Kelihatan kaki lelaki itu menuju ke bilik tengah bukan ke bilik utama,makin gigil lutut Sofea.

"Takpe ke tinggal Zara sendiri??." Suara gugup yang kedengaran keluar dari Sofea

"Kena biasakan,dia dah besar sayang." Balas lembut.

Sempat pintu bilik utama itu di jenguk sekilas.

Kelihatan Izara Andara itu tidur lena di tengah katil.

Lalu menarik isterinya itu masuk ke bilik tengah.

"Erkkk..." Makin seram sejuk

"Takkan nak mengelak..." Duga Uzair

Kedengaran nada suaranya nakal,wajah juga sama.

"Segan laaa.." balas cemberut.

Wajah sudah membahang.Suasana juga terasa dingin.

"Okey..tutup lampu." Tahu mereka berdua gugup.

Lalu jari pantas mencapai suis lampu di tutup.

"Gelap sampai tak nampak ni." Omel Sofea

Tangannya saja terasa digenggam.

"Sekejap lagi nampak la." Tutur Uzair perlahan

Berdiri ditengah bilik yang cuma dihiasi cahaya bulan dari cermin dinding kaca.

"Abang tak kisah?." Tanya perlahan

Ada ragu dan serba tak kena di hatinya.

"Kisah apa?."

Mula menarik Sofea dekat padanya.
dirangkul kemas.

"Pasal hal dulu.." Gumam perlahan

Bias matanya mulai dapat melihat di dalam keadaan cahaya kelam mereka.

"Hal dulu yang mana satu hm?."

Kedengaran Sofea menghela nafas berat.

"Cakap terus terang..abang nak tahu apa yang tersekat sekarang."

Walaupun perbualan ini sedikit serius tetapi tidak mahu suasana mereka berdua tegang.

"Abang...tak kisah pernah nampak Fea tidur dengan...."

Belum pun ayatnya di habiskan terasa nafasnya sudah dicuri lembut.

Sekilas.

"Tak kisah..kalau boleh apa yang jadi waktu tu,abang tak mahu ingat pun.Apa abang nampak cuma di mata,apa yang jadi mungkin sebaliknya." Balas Uzair terus

"Yakin??empat tahun abang tak tahu perjalanan Fea." Tanya lagi sangsi

"Abangg...tak nak peduli apa yang jadi,
tak nak tahu berapa banyak lelaki yang datang dalam hidup sayang sebelum kita balik semula.Abang cuma nak Nurul Sofea." Ujar perlahan

"Fea,tak tahu apa yang jadi waktu itu.Fea tak sedar...langsung." Gumam perlahan

Mengingati hari dirinya diceraikan itu,
terasa aib benar di dalam keadaan itu.

Perlahan terasa rangkulan tubuh mereka dieratkan.

Dagu naik bersandar di bahu lebar suaminya itu.

Saling berpelukan.

Nafas diatur tenang.

Tempat tenang kedua terasa sama saat ini.

"Kaklong dah bagitahu hal sebenar.Abang tak salahkan sayang.Cukup la ingatkan dengan hal lepas.Abang cuma nak kita hidup baik-baik sekarang." Gumam Uzair

UZAIR : KALI KEDUA (C)Where stories live. Discover now