BAB 68

1.1K 189 25
                                    

Hampir empat minggu ulang alik dan menginap di hotel.

Nafas dihela berat.

"Jara nak itut papa pegi umah tokwan boyeh tak??." Pinta anak itu lagi

Uzair pula sudah melorot bahu.

Sofea jadi serba salah.

"Ermm..abang bawa la Zara.Fea duduk sini." Balas terus bila sudah selalu permintaan anak itu begitu.

"Tak nak ikut sekali?boleh ke duduk sendiri?." Mula duduk dibirai katil

Selama empat minggu ini,setiap hujung minggu balik ke sini Kuala Kangsar tetapi hanya Uzair sahaja yang balik ke rumah maknya sendirian.

"Bolehh...nanti sekejap lagi Sal nak datang sini.Fea nak minta izin keluar dengan dia sekejap boleh?." Balas lembut

Walaupun rasa bersalah namun belum mahu dilembutkan hati balik ke rumah keluarga lelaki itu.

"Bolehh..abang balik naik grab je dengan Zara.Kalau sayang nak ke mana-mana naik kereta." Tak mahu mendesak lagi.

Isterinya itu mahu ikut sampai ke sini pun sudah bersyukur sangat sekarang ini.

Tapak tangan naik mengulas perut yang nampak sarat itu.

Lagi beberapa bulan keluarga kecilnya akan bertambah ahli.

"Ye baikk...maaf kalau Fea susahkan abang." Gumam perlahan

Saat ini terasa dirinya pula tersepit bila tidak memahami keadaan lelaki itu yang
berdepan dengan keluarga dan jiran tetangga tanpa kehadiran dirinya selalu.

"Takpayah minta maaf sayang.Kita dah cakap pasal ni.Abang tak simpan dalam hati pun.Abang tahu apa mak buat pada sayang lebih teruk dari abang.Abang faham keadaan tu."

Walaupun tersepit masih cuba letakkan dirinya di tempat Sofea selalu.

"Fea takut Fea malukan abang bila kena berdepan dengan orang."

Pinggang suaminya itu dirangkul perlahan,dagu disangkut dibahu Uzair.

Menghela nafas berat.

"Abang tak nak peduli pun apa orang cakap.Tak payah kisah pasal orang.
Abang nak sayang balik bila hati sayang ikhlas nak ikut abang,bukan sebab terpaksa atau desakan abang." Pujuk lembut

Tahu hatinya Sofea libang libur selalu.
Makin libang bila sedang hamil sekarang.
Emosinya mudah tercuit.

Jika boleh tidak mahu juga Sofea dengar cakap-cakap orang hatta adik beradik dan ipar duai sendiri.

Hati yang sudah luka akan makin terluka lagi nantinya.Kena sabar.

Sofea cuma menggangguk faham.

Sedikit lega.

"Mama janan cry..nanti adik baby cedih." Celah Zara yang sejak tadi duduk di birai katil.

"Mama cry sikit je ni."Mula alihkan tubuh.

Lalu diseka air mata dipipi Sofea cepat.

"Jangan fikir pasal orang.Sayang nak ikut abang balik sampai sini pun abang nak bersyukur ni."

Sofea menggangguk faham.

"Zara,nanti dekat rumah tokwan jangan nakal okey.." sempat dipesan pada anak itu.

"Nak ke mana-mana ke dengan Sal?." Sempat tanya sambil tangan sibuk menempah grab di telefon.

"Tak ke mana..nak ziarah kubur je kut." Sejak minggu lalu bercadang begitu.

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now