Kemaman,Terengganu
Turun dari bas persiaran itu,lalu kaki dibawa ke ruang legar yang ada.
Melihat ada gerai jualan makanan lalu menapak ke sana.
Air dan sebungkus nasi goreng dibeli.
Duduk di bangku batu yang ada.
Mula makan perlahan.
Alas perut yang hampir berbelas jam tidak menjamah apa-apa makanan berat.
Kunyah perlahan sambil termangu lama.
Terasa perasaan sebatang kara itu kuat menular di dalam dirinya sekarang.
Tiada sesiapa mahu dipinta pertolongan.
Tiada tempat berpaut.
Tiada apa-apa.
Melainkan dirinya sendiri.
Soal kesihatan sudah diletakkan jauh dibelakang.
Cuba gagahkan diri saja saat ini.
"Ke mana kaki kau nak bawa ni Fea." Guman sendirian.
Melihat bagasi kecil di kaki itu.
Pakaian yang ada di dalamnya cuma 6 helai.
Itu saja yang dibawa dari Kuantan tempoh hari.
"Kalau balik ke sana,ambil semua yang ada pun,kau bukan ada tempat nak letak.
Dah macam pelarian ni." Bebel SofeaTerasa apa yang dikatakan makcik Hajar padanya selama ini benar.
Dirinya cuma beban.
Tiada apa pun selain dirinya sendiri.
Tiada harta,tiada kenderaan.
Selama membesar tinggal di rumah jagaan Ummi Zaliha hingga umurnya 18 tahun.
Sewaktu bekerja bersama puan Ulya dulu pun,cuma menumpang di asrama diatas kedai wanita itu.
Hingga umur 26 tahun,Sofea tidak pernah keluar dari daerah Kuala Kangsar itu kecuali selepas bernikah.
Mengelamun sambil makan.
Seketika,
Sudahkan makanan yang ada,
Dibuang ke tong sampah sisa dan bekas air tadi.
Duduk semula.
Telefon ditas tangan diambil.
Hampir jam 10 malam saat ini.
Melihat tandas awam dari kejauhan.
"Mandi,solat dulu la."
Lalu menapak ke sana.
Diangkut bagasi sama.
Selesai bersihkan diri menapak ke surau yang ada.
Mula tunaikan solat Isyak.
Lalu telekung dan sejadah dilipat kemas.
Duduk bersandar di dinding lama.
Dompet dibuka lagi.
Melihat kad bank yang ada lama.
Di akaun bank itu ada sedikit simpanannya dan potongan gaji Ahmad Uzair yang masuk ke sana setiap bulan.
"Harap cukup la nak mulakan hidup baru dekat sini." Gumam sendirian
Lalu pesanan ringkas di hantar pada Salmi.
Memberitahu bahawa dirinya baik-baik saja dan sudah sampai.
Kelihatan beberapa muslimat sedang tunaikan solat.
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
DiversosFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...