BAB 69

1.4K 185 40
                                    

Melangkah keluar dari bilik air,sempat jam dinding dilihat sekilas mahu jam 3.30 pagi sekarang.

Melangkah naik ke katil lalu tubuh yang baring mengiring itu disauk merapat padanya.

Nafas dihela panjang.

Lega bila dapat balik selepas seharian mengekor Ezra Raffal itu ke luar kawasan.

Peel ayah-ayah agaknya,lambat siap kerja masih mahu balik ke pangkuan keluarga juga.

Mata seakan digam itu ditutup mahu tidur sekarang.

Sempat ubun-ubun Sofea dikucup lama.

"Sorry..taksempat bual panjang harini." Gumam perlahan dengan mata tertutup.

Lalu denguran halus kedengaran.

Baru tidurnya sekejapan terasa gerakkan kerap di pangkuannya.

"Tidur sayangg..awal lagi." Gumam dengan suara mamai.

Mata langsung tak dapat dibuka lagi.

"Abangg.." panggil lembut.

Jari jemari naik mengulas rahang yang kelihatan dekat dimatanya itu.

"Hm??." Menyahut juga walaupun letih.

"Ermmm..." Gumam perlahan

Tahu lelaki itu penat,tetapi anak tekaknya kepingan sesuatu itu dengan parah sekarang ini.

Liur diteguk beberapa kali.

Terasa makanan yang dimahukan itu di lidahnya sekarang ini.

"Ya sayanggg...nak apa ni?." Tapak tangan naik meraup wajahnya

Mata susah payah mahu dibuka.

"Nak ubi kayu ." Pinta tiba-tiba

"Apa kayuu???." Terkebil-kebil matanya dibuka.

Memandang wajah polos dipangkuanya itu dengan mata melayu.

"Ubi kayu rebus..teringin." balas perlahan tapi melihat wajah penat itu,jadi tak sampai hati pula.

Tetapi dirinya mahukan sekarang.

"Okeyy..nanti siang sikit kita cari ya.
Sabar kejap boleh baby??." Ujar lembut

Perut yang nampak sarat diusap.

"Okey.." balas perlahan tetapi liurnya diteguk lagi,bila sejak tadi kecur kenangkan ubi rebus itu.

"Tidur dulu,nanti lepas subuh abang carikan." Lalu belakang badan Sofea ditepuk.

Layan kantuk.

"Sorry kacau..mesti abang penat." Rambut yang menutup dahi lelaki itu diraup perlahan

"Takpe..faham.tapi bagi abang tidur sekejap boleh,tak lama sejam je ni." Pinta dengan mata sudah tak upaya dibuka.

Lalu membiarkan lelaki tidur seperti yang dipinta.

Duduk dirangkulan melayan mengidam.

Gulp!gulp!

Liur di teguk.

"Sabar la baby,bagi papa tidur sekejap." Keluhan dilepaskan perlahan.

Jari naik menyeka air mata yang mulai mahu turun.

Terasa perasaan suami tak sayang wujud sekarang ni,tetapi kena faham suami letih.

Begitu la rasa hatinya Nurul Sofea sekarang ini.

Berbaring di lengan kekar itu,melihat wajah lena Ahmad Uzair hingga azan subuh kedengaran di telefonnya tanpa mata mampu dilelapkan lagi.

Mula bangun bersiap untuk subuh,lalu menjenguk anaknya di bilik sebelah.

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now