Melangkah turun dari kereta,melihat rumah ustazah Roziah itu saja kakinya mulai sejuk.
"Makda,Sofea okey je ni.Kita balik jom." Ujar Sofea
Ruang hatinya berbelah bagi.
"Tak okey.Kita kena berubat,Sofea makin pucat ni." Balas Pakda
Tahu hati anak itu mulai bersarang rasa sangsi.
Makda menarik tangan Sofea agar melangkah.
"Assalamualaikum.." sapa Pakda dimuka
Pintu.
"Waalaikumussalam..masuk-masuk,dari tadi saya tunggu." Balas Ustazah Roziah di ruang tamu.
"Jom Sofea." Ajak Makda menarik tangan Sofea melangkah masuk.
"Beratt ni Pakda." Ujar Ustazah Roziah
"Pakda pun agak macam tu."
Mulai duduk di permaidani.
"Mari duduk sini.Kita kena sembang." Panggil Ustazah Roziah lembut.
Sofea mendekat teragak-agak.
Tubuhnya mulai memanaskan.
"Lama sakit?."
"Baru-baru ni."
"Pernah gugur?."
"Pernah tiga kali?."
"Ada suami atau..??tidak habiskan ayatnya
"Baru bercerai." Jawab Sofea seakan faham.
Makda dan Pakda dibelakang sana sedikit terkedu.
Tidak pernah mengetahui perihal itu,
Sofea tutup mulut sungguh.Ustazah Roziah menggangguk faham.
"Dah habis eddah?."
"Belum..lagi sebulan."
"Kena buat cepat Pakda." Balas sambil melihat lelaki itu.
"Boleh siap hari ni ke?." Tanya Makda pula.
"Kena ulang juga ni.Saya tengok dulu."
Mula bangun mengambil besen.
Tilam di lantai sudah dibentangkan sejak awal.
"Baring sini. Kita tengok apa ada,kalau Allah izin sembuh InshaAllah."
Sofea yang mendengar mula baring.
"Kamu kena tahan,kalau nak muntah bangun ya." Ujar Ustazah Roziah lagi.
Kelihatan bibirnya mulai mengalunkan rugyah sebaris demi sebaris.
Tapak tangan dibawa ke perut Sofea.
"Allahhuakhbar.." gumam Ustazah Roziah perlahan.
Sofea mulai mengerang.
Terasa ruang perutnya bergelodak dan diramas kuat.
Panas dan dicakar-cakar.
Seketika mulai terbangun dan muntah.
"Pernah mimpi pelik?."
"Ada,dari awal kahwin.Mimpi ular,jatuh tempat tinggi,tempat kotor,mimpi tenggelam." Balas Sofea susah payah.
Dahi berkerut sejuta.
"Rahim kamu kena kunci ni.Kalau mengandung gugur je selalu.Ini pun ada isi,kalau lama lagi turun darah,pergi hospital,doktor cakap kamu gugur.." Ujar Ustazah Roziah
![](https://img.wattpad.com/cover/371392794-288-k637406.jpg)
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (C)
DiversosFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...