BAB 10

946 77 9
                                    

Siap sarapan ikut melangkah bangun,
sempat dilihat makanan yang dijamah sedikit itu.

Apa lagi nii..

"Abang marah Fea?." Tanya lembut

Melihat belakang badan yang sibuk sarungkan stoking dibirai pintu itu.

"Tak.." jawab sepatah

Suara juga tiada nada.Acuh tidak acuh.

"Fea minta maaf kalau Fea ada salah." Ujar perlahan

Terasa ruang bicara mereka sedikit tegang sejak dua minggu lalu.

Kurang berbual bila jadual kerja suaminya itu mulai padat.

Ada harinya tidak pulang,ada harinya waktu kerja beralih hingga ke malam.

Tahu itu kebiasaan selama perkahwinan ini.

"Takde yang salah.Semua okey.Abang pergi dulu."

Lalu kunci motosikal diambil ditangan Sofea.

Kekura tangan dan dahi isterinya itu dikucup sekilas.

Sofea juga sama,mengambil tangan besar suaminya itu dikucup sekilas.

Memandang tubuh itu berlalu hingga hilang dari pandangan matanya.

Termangu lama.

Mencari apa yang kurang.

"Letih kerja la,kau ni." Bebel Sofea sendirian.

Tak mahu prasangka buruk.

Lalu keluar siramkan pokok-pokok yang ada seperti selalunya.

Masuk ke rumah,dan mulakan rutin sama.

Mengemas.
Memasak.
Mencuci pakaian.

Ada waktunya membawa diri keluar sendirian ke kedai atau ke mana-mana yang diri mahu.

Melangkah ke bilik mereka.

Ruang almari pakaian kerja lelaki itu dibuka.

Dilihat semua jenis baju kerja disangkut kemas.

Di hujung katil mereka di dinding sana, kelihatan beberapa butir kasut hitam disusun kemas disana.

Lalu beberapa pakaian kerja yang belum diseterika diambil.

Suis seterika dihidupkan.

Hampir jam lima petang saat ini.

Berdiri di papan seterika itu lalu digosok satu per satu baju kerja yang ada.

Tapak tangan dibawa ke tag nama dibaju itu,diusap perlahan.

Kemeja biru dengan nama Uzair dipandang lama.

Terasa ruang hatinya tidak baik-baik saja seminggu dua ini.

Tidak mahu melayan perasaan lalu, sudahkan kerjanya pantas.

Lalu mengambil bagasi kecil,dibuka almari ruang pakaian miliknya.

Diambil beberapa helai pakaian.

Dilipat kemas.

Lusa mahu melawat Ummi di kampung nanti.

Hampir jam sebelas baru kedengaran enjin motosikal itu masuk ke ruang garaj semula.

Pintu utama dibuka.

Melihat sosok itu dengan wajah lesu seperti semalam.

Lalu helmet dan kunci motosikal diambil.

"Assalamualaikum.."Sapa Uzair perlahan

Lalu kasut dibuka.

"Walaikumusalam..abang dah makan?."

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now