Melihat ruang restoran resort itu dengan senyuman.
Jari yang bertaut dengan jari-jemarinya dilihat lama.
Belakang badan lelaki itu dijuga dipandang dengan senyuman.
Melangkah ke suit mereka sambil mata dibawa mengitari suasana tempat itu selepas siap makan malam.
Kedengaran deruan angin dan ombak jelas ditelinga.
"Kenapa datang sini?." Tanya lembut
"Honeymoon." Balas Uzair berbisik
Pintu bilik dikuak.
Lalu menarik isterinya itu masuk ke dalam
"Cuti lama ke ni?." Tanya lagi
Hairan bila tiba-tiba diajak keluar petang tadi.
"Takla lama.tiga hari."
Sofea mula menarik shawl dikepala dan disangkut kemas.
Rambut panjang dibiar lepas bebas.
Lalu melangkah ke pintu gelangsar sana.
Walaupun suasana malam,tetapi dapat dilihat jelas ruang hadapan matanya adalah laut.
"Suka tak?." Sapa Uzair dari belakang
Dirangkul kemas tubuh dihadapannya itu.
"Sukaa..terima kasih abang."
Uzair dibelakang cuma diam.
Leka dengan suasana malam mereka.
Deruan angin mula menyapa keduanya.
"Sama-sama." Bisik perlahan
Dagu disangkut diatas kepalanya Sofea.
Termangu lama.
"Abang okey?." Tanya lembut.
Mula alihkan tubuh.
Dapat dirasa suasana dan tingkah suaminya itu sedikit lain selepas pulang Terengganu tempoh hari.
"Okey..Abang nak cakap something sebenarnya tapi bukan sekarang la." Balas Uzair lembut.
Tak mahu suasana bulan madu kali ke tidak terkira mereka ini terganggu dengan hal kerjanya.
"Penting ke?." Tanya lagi tak puas hati
"Tak sangat.Yang sekarang ni lagi penting.Sayang okey je kan duduk rumah dua minggu ni?."
Mahu alih topik.
"Memang la okey,tapi Fea rasa Fea dah gemuk la." Ujar Sofea cemberut
Dirangkul pinggang suaminya itu kemas.
Dagu disangkut di bahu lebar lelaki itu.
Saling berpelukan.
"Mana gemuk?kalau setakat naik sekilo abang tak nampak sayang.Elok kalau naik lagi ni."
Tangan gatalnya dibawa meraba ke sana sini tubuh badan isterinya itu.
Mencari bahagian yang dikatakan "gemuk"
"Gatal betul tangan tu kan."
Makin terjuih bibir
Mula mahu jauhkan diri.
Sempat la lengan kekar itu dicubit geram
"Biar la,ini semua abang punya." Balas Uzair dengan sengihan.
Ditarik semula tubuh Sofea,dipeluk erat.
"Fea sayang abang." Gumam Sofea perlahan hampir tidak kedengaran.
![](https://img.wattpad.com/cover/371392794-288-k637406.jpg)
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RandomFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...