Ralit dengan roti kopinya itu.
Seketika disapa kak Nora.
"Fea..kak Nora dengar rumah Fea kena pecah betul ke?." Tanya wanita itu kelam kabut
"Haah kak.."
"Dah okey ke?banyak ke yang hilang?Fea duduk rumah tu lagi?." Bertalu soalan kak Nora itu
Risau jelas kelihatan diwajahnya.
"Okey..tak la banyak,barang kemas je hilang.Nasib Fea tak simpan duit dekat rumah." Balas lembut
Tray di dalam ketuhar besar itu di bawa keluar.
Diganti dengan tray yang berisi roti yang belum di bakar pula.
"Duduk situ lagi?teruk ke kena pecahnya?."
Berdiri di meja panjang itu bertentangan dengan Sofea.
"Teruk juga,pintu dah rosak.Siap di kupilkan grillnya.Fea duduk hotel je sementara ni."
Perihal sebetulnya di rahsiakan.
Risau pandangan orang.
"Laa..kenapa tak cakap,pindah la duduk rumah kak Nora sementara."
Mahu terkejut bila tahu dua beranak itu tidur di hotel.
"Ehh..takpe la,Risau ganggu keluarga akak nanti.Inshaallah esok lusa dah siap tu." Balas terus.
Lebih risau suaminya kak Nora itu sebenarnya.
Duduk serumah begitu makin banyak peel nantinya suami botak kak Nora itu.
"Tak ganggu la..kak Nora suka je kalau ada Zara."
"Takpe kak,Fea pun baru je balik dari rumah kak Nora baru ni sebab makda dengan pakda datang."
Jika tiada kedua orang tua itu,tidak betah sengaja bertandang ke rumah wanita itu.
"Ye.. takpe la kalau gitu,ni oder untuk hujung minggu nanti.Tapii Fea boleh ke buat sorang?sebab kak Hasnah cuti katanya."
Lalu kertas oder diserahkan pada Sofea.
"Dua je.. InshaAllah boleh."
"Dua pun tinggi ni Fea.kena buat awal la."
"Boleh InshaAllah.Jangan risau,di tanggung beres."
Melihat kertas oder itu.
Dua kek perkahwinan yang mahunya tiga tingkat setiap satu.
"Kak Hasnah cuti nanti.Fea tau kan?..jadi Fea sorang je nanti.boleh duduk sini atau datang awal.Fea atur la ya kerja Fea macam mana ya." Ujar Kak Nora sedikit serius
Soal kerja mereka selalu pun serius.
"Ye baik.."
"Kak Nora naik dulu.." mahu melangkah tetapi dialihkan semula tubuh
"Kak Nora anggap Fea macam adik kak Nora dah tau.." ujar wanita itu lembut
"Kenapa ni.." tanya hairan
"Takde apa..cuma kadang-kadang risau dengan Fea tu."
"Fea okey je ni.." balas perlahan
Elok risaukan suami sendiri dulu..
"Kak Feaa..ada delivery untuk Fea." Laung Raiha melangkah masuk dengan sejambak bunga ditangan
"Uihhh sape kasi ni??." Tanya kak Nora
Ikut melangkah semula.
"Sapa kasi Rai??." Tanya Sofea sama
![](https://img.wattpad.com/cover/371392794-288-k637406.jpg)
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RandomFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...