Mata terpisat-pisat mahu dibuka,meraup wajahnya beberapa kali lalu mata dibawa melihat ke ruang sebelahnya.
Kelam kabut bangun.
"Allahu...Zaraaaa.." Gumam Uzair lalu tubuh gendut itu diubah biar baring ke katil.
"Kenapa.." sapa dengan suara serak.
"Zara tidur atas sayang tak sedar ke.." mahu bebel bila anak itu seludup masuk lalu naik tidur di katil mereka.
Siap landing seakan anak koala di pinggang Sofea.
Sofea memandang ke sisi.lalu jari jemari dibawa mengulas rambut anaknya itu.
"Sedar...tapi takde apa la abang..Zara manja sejak nak jadi kakak ni." Balas dengan suara serak
Tahu anak itu mudah tantrum sekarang.
"Risau tengok..anak papa dalam sini dah terpenyet nantinya." Gumam perlahan seakan berbisik.
"Dua-dua elok ni.." tersenyum nipis
"Nak makan apa-apa tak?." Mata naik memandang jam dinding sudah mahu subuh sikit lagi.
"Ermmm...nak roti canai je buleh?." Pinta dengan mata masih terpisat-pisat mahu dibuka
Sejak sekarang lenanya cuma sekejap-sekejap.
"Boleh...nanti sekejap lagi abang cari."
Lalu menundukkan wajah.
Anak koala yang tidur lena itu di kucup dahinya sekilas.
Lalu beralih pada mama koala pula.
Dikucup bertalu-talu.
"Air liur basi,sibuk nak cium-cium." Cemberut wajahnya Sofea
"Basi-basi pun sayang ni.."tersenyum lebar
Mula bangun mandi dan bersiap mahu subuh.
"Kejapp.. tunggu makmum dulu." Ujar Sofea baru melangkah dari bilik air.
"Ye.. perlahan jalan tu.licin." melihat isterinya itu berlalu.
Melangkah ke katil lalu kejutkan anak daranya pula.
"Assalamualaikum princess..bangun,
kena pergi sekolah harini." Dicuit pipi Zara"Setejapp..Jara beyom boyeh buke mata." Gumam dengan wajah mamai.
Rambut serabainya diraup Uzair dengan sengihan.
Waktu kecik tak sempat tengok tahu-tahu dah besar macam ni..
Sampai sekarang masih seakan mimpi bila melihat Izara Andara ini.
"Ye..setejapp.Papa dengan mama nak solat ni..tak nak ikut?." Sempat tanya dulu
"Nakkk..tapi Jara nantok lagi." Susah payah mata kecil dibuka.
"Takpe tak time princess..tahu la malam-malam berjalan masuk bilik papa mama ni." Mahu ketawa dengan peel anak itu.
Kemain boleh tidur sendiri,nanti tengah malam di ceroboh ke sini juga.
"Jommm.." panggil Sofea yang sudah siap menyarung telekung.
"Papa solat dulu,nanti bangun mandi."
Mula menarik Zara bangun dengan wajah mamainya itu.
Duduk ditengah katil melihat dua tubuh di sana solat sama-sama seperti selalunya.
"Bila check up ni?." Soal saat keduanya memeluk sesama sendiri usai solat.
"Lusa...Fea boleh pergi sendiri,abang tak payah la cuti lagi."
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
DiversosFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...