BAB 45

1.3K 156 32
                                    

Duduk di birai katil sambil berdiri di depannya Izara Andara itu dengan wajah termuncung sebik sejak bangun tidur tadi.

"Kenapa ni hm?." Tanya Sofea lembut

Sambil tangan sibuk butangkan baju sekolah itu.

Lalu disikat rambut ikal mayang Zara yang mulai panjang mencecah bahu.

"Jara tak nak pegi cekolah boyeh tak mama?." Ujar Zara perlahan

"Kenapa??."

"Takde apa,Jara cuma tak nak pegi skull." Balas perlahan

"Tapi papa datang kejap lagi."

"Ermm...okey." balas sambil menggangguk

Lalu beg sekolah pinknya dicapai.

Lalu di galas di bahu.

Sofea cuma melihat anak itu lama.

"Cikgu marah Zara ke?atau Zara gaduh dengan kawan lagi?." Soal Sofea lembut

Jarang anak itu buat perangai tak mahu ke sekolah jika tiada yang mengganggu harinya.

"Takk..Jara ocey." Balas perlahan

"Betul ni??."

Zara cuma mengangguk.

"Ermm..Zara nak kek apa?hari jadi Zara lusa.Kita sambut dengan kawan ya macam haritu."

"Nakkk...Jara nak kek princess mama." Ujar anak itu teruja

"Bolehh..nanti mama buat kek harijadi cantik-cantik untuk anak mama ni."

Dipeluk erat anak itu.Wajah Zara dikucup lama.

"Tasabar nak potong kek dengan kawan." Gumam Zara perlahan.

Mood Zara tadi mulai reda semula.

"Jom siap cepat..nanti papa datang ni."

Mula bangun lalu ikut bersiap sama.

Siap sarapan ringkas pintu rumah dibuka.

Melangkah ke pagar rumah,lalu mangga di pagar itu dibuka.

Seketika kereta lelaki itu mula memarkir seperti selalunya.

"Ayah kirim salam." Ujar Uzair saat berpatah semula mengambil bekal anaknya itu.

Kedengaran Sofea membalas salam tersebut perlahan.

"Saya tak tahu kenapa mood Zara tak okey sangat.Saya dah tanya tapi dia tak nak cakap."

Beritahu perihal anak itu.

Uzair cuma alihkan wajah memandang Zara yang duduk diam di kerusi kereta sana.

Tidak seceria seperti selalu.

Jika tidak anak itu bising dengan mulut becoknya.

"Aku tanya nanti."

"Hari jadi Zara lusa.

Terasa mereka berdua sangat janggal sekarang.

Berbual cuma mengenai Zara.

Uzair cuma mengangguk.

"Aku pergi dulu." Mula melangkah.

Sofea cuma melihat belakang badan lelaki itu berlalu.

Masih sama.

Tinggi,tegap dengan bahu lebarnya itu.

Sempat dilambai Zara seperti selalunya.

Melihat kereta itu berlalu hingga hilang dari matanya.

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now