BAB 2

1K 83 8
                                    

Melangkah masuk ke bilik saat jarum jam hampir ke sebelas malam.

Nafas dihela panjang.

Lenguh dan pijar lengan diurut seketika.

Teringat perbualan kaklong Hani tadi hatinya makin rabak teruk.

Kedengaran seperti mak mertuanya itu mahu jodohkan suaminya dengan anak jiran sebelah yang baru tamat pengajian dari Jordan.

"Mak dari dulu berkenaan dengan Airin tu,abang chik je taknak.Airin tu dah sah la lebih 10x kali dari yang duk ada ni."

Begitu la kedengaran suara balasan makcik Hajar sekejap tadi.

Sofea cuma mendengar perbualan dua beranak itu tanpa mencelah.

Dibuat mereka,seakan dirinya tembok batu dan tunggul dimeja makan sama.

Mendengar sambil tangannya sibuk menyuap anak orang lain makan.

Irfan dan Irdina.

Anak kepada kakak iparnya itu.

Rutin harian sejak duduk disini.

Kakak iparnya itu seakan sengaja singgah ke sini selepas pulang dari kerja.

Makan minum di sini.

Kenyangkan perut mereka bertiga

Lalu diambil lauk yang dimasak Sofea dibawa balik ke rumahnya untuk dijamu suaminya pula nanti.

Termangu lama kenangkan peel ipar duainya itu.

"Sabar Fea,esok-esok nak balik ke syurga kau semula." Gumam sendirian.

Tidak sabar mahu balik teratak kecil mereka di Kuantan sana.

Walaupun cuma kuaters tetapi lebih selesa disana.

Lebih tenang sebenarnya.

Seketika kedengaran deringan telefonnya.

Tersentak bila mengelamun lama.

Bangun dari birai katil lalu mendapatkan telefon itu.

"Waalaikumussalam.."Balas Sofea lembut seperti selalu

"Buat apa tu hm?abang call dari petang tak berangkat." Tanya Uzair

Sejak siang mencari isteri sendiri.

"Takde buat apa.Baru masuk balik ni.
Sorry tak tengok fon dari tengahari,
abang dah makan?." Berbasa basi

"Dah.. Isteri abang okey ke ni?Kaklong suruh jaga anak dia lagi?." Tanya Uzair terus

Risau bila isterinya itu sejenis menurut selalu.

"Tak,semalam je.Fea okey je jaga Irfan.
Abang jangan la marah kaklong."

Lebih risau jika dimarahi semula.

Kakak iparnya itu sama peel dengan makcik Hajar.

Kaki adu domba.

"Abang jadi risau pulak sekarang." Keluh Uzair perlahan

Tidak tahu kenapa,tetapi ruang hatinya tidak enak.

"Risau kenapa?." Tanya polos

"Sayang tu jangan la lembut hati sangat.
Abang tahu kaklong macam mana."Balas perlahan

Dirasakan kaklongnya suka mengarah isterinya itu.

Tetapi tidak tahu emaknya juga sama.

"Fea okey..takde yang teruk pun.Abang bertenang je okey." Balas lembut

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now