Melangkah di lantai lobi syarikat besar ZER itu lalu menyapa wanita di kaunter penyambut tetamu dengan senyuman.
Kali kedua menapak ke sini.
Masuk ke perut lif lalu tingkat pejabat lelaki itu di tekan.Berdiri tegak sambil tangan dibawa membetulkan lipatan tudung bawalnya.
Melihat bekal makanan yang dibawa sekilas.
Melangkah keluar bila destinasinya tingkat 13 sampai.
Kelihatan ruang itu lenggang bila sekarang waktu makan tengahari.
"Cik nak jumpa Tuan Zaheen ke?." Sapa seorang wanita
"Ye..dia ada kan?."
"Err..ada.tapi ada tetamu rasanya." Balas wanita perlahan.
"Owh..tapi saya singgah sekejap je.nak bagi bekal ni,bos awak kirim."
"Hujung sana tu ofis tuan.Cik terus la ke sana." Balas wanita ramah.
Sofea menggangguk faham.
Lalu kaki dibawa ke sana.
Pintu di ketuk lalu dikuak cepat.
Melihat dua sosok di dalam sana seakan terkedu bila pintu di kuak tiba-tiba begitu.
"Fea." Sapa Zaheen cepat.
Mula bangun dari hujung meja kerjanya itu.
"Sorry..saya ganggu ke?." Tanya lembut.
Senyum paling manis diberikan.
"Takk..ada apa ni??tiba-tiba datang." Tanya lelaki itu dengan senyuman janggal
"Saja..nak hantar makanan untuk awak."
Melangkah masuk ke pejabat lelaki perlahan.
Wanita tadi kelihatan mula duduk di meja hujung pejabat sana semula.Meja itu bersepah dengan kertas dan fail.
"Owhh..thanks.Rajinnya tunang saya."
Mengambil makanan ditangan Sofea dengan senyuman.
"Saya singgah je ni,kena masuk kerja balik,saya pergi dulu ya." Mahu berpamit
Sempat senyuman dilemparkan pada wanita cantik disana itu.
Nampak cantik dimata Sofea.
Berdress separas paha.
Berkasut tumit merah.
Rambutnya di sanggul kemas.
Wajah pula disolek seakan model.
Bibir dioles dengan warna merah terang.
Sempurna dan cantik luar biasa.
"Sofeaa..terima kasih." Ujar itu lembut.
Sofea cuma tersenyum lalu melangkah sedikit dekat menghampiri lelaki itu.
"Sama-sama sayang." Dibisik perlahan.
Zaheen yang mendengar sudah tersenyum lebar.
Berkepuk hatinya bila wanita itu jarang begitu.
Sofea melangkah ke pintu.Pintu dikuak
Lalu keluar.
Tetapi menjenguk kepala semula.
"Lipstick dekat rahang tu jangan lupa lap sayang." Ujar Sofea
Lalu ditutup cepat pintu tadi.
Zaheen yang mendengar sudah membulat matanya.
"Shitt..Feaaaaa."
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
De TodoFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...