BAB 50

1.5K 166 31
                                    

Melangkah dengan bagasi ditangan.Kaki dibawa menapak ke bilik yang kelihatan dibawa Zara masuk tadi.

Tudung sarung di lucutkan.

Bagasi dibuka dilantai.

Sepasang baju tidur Zara diambil,lalu menukar baju anak itu perlahan.

"Letih sangat ke ni.." gumam sendirian

Sambil menukar baju yang dipakai Zara ke baju tidur.

Dikucup sekilas anak itu.

Selimut dibetul.

Lalu bangun mengambil tuala.

Menuju ke bilik air,dan bersihkan diri.

Mengambil wuduk lalu solat Isyak di tunaikan cepat bila jarum jam sudah hampir jam 12 tengah malam sekarang ini

Duduk disejadah lama habiskan doa panjangnya seperti selalu.

Mula bangun lalu telekung dan sejadah di lipat kemas.

Melihat ruang bilik itu lama.

Kaki dibawa mengitari ruang itu.

Kemas seperti diri Ahmad Uzair itu sejak dulu.

"Masih sama kesukaannya." Bisik Sofea.

Kaki dibawa mendekati meja kerja itu.

Kelihatan frame gambar kecil berdiri tegak.

Gambar sewaktu pernikahan mereka dahulu diletakkan disitu.

Digambarkan itu mata mereka saling menatap.

Gambar saat jari manisnya disarungkan cincin.

"Fea rindu." Gumam perlahan.

Sebanyak mana pun hati menidakkan hakikatnya perasaan mereka masih sama.

Masih sayang.

Masih cinta.

Kaki dibawa ke almari.Dibuka lalu melihat deretan baju-baju yang disangkut kemas.

Kelihatan beberapa pakaian yang dirinya pernah nampak.

"Dia tak pernah tinggalkan kau pun Fea." Gumam perlahan

Melihat baju miliknya di ruang itu.

Dibahagian bawah pula kelihatan beberapa helai kain batiknya ada disitu.

Pintu almari itu ditutup semula.

Jari dibawa menyeka air mata yang mahu turun.

Terasa banyak kenangan mereka masih dibawa Ahmad Uzair itu ke ruang ini.

Melangkah naik ke katil,lalu baringkan tubuh perlahan.

Lepaskan lelah seharian.

Telefonnya dilihat sekilas.

"Goodnight..ciumkan Zara untuk aku."

Pesanan dari lelaki itu dibaca.

Bibir naik tersenyum nipis.

"Untung la ada papa sekarang kan." Gumam perlahan

Belakang badan anak itu di usap perlahan.

Sejak ada lelaki itu terasa bebanan yang dibawa empat tahun lalu sedikit berkurangan.

"Untuk Zara.."

Menghela nafas berat lalu menutup mata.

Sempat bantal di kepala di usap sekilas.

"Bau pun sama."

Hidung dibawa ke bantal itu.

Hidung dibawa ke bantal itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now