Uniform kerja di sarung ke tubuh lalu dibutangkan.Jam tangan di meja sisi di pula diambil lalu dipakai kemas.
Disisir pula rambutnya yang di potong kemas semalam.
Jari-jemari dibawa meraba wajah.
"Dah takde buyu ni Zara." Gumam sendirian lalu tersengih
Rambut dibetulkan sedikit.
"Sama macam suami Nurul Sofea dulu ni." Gumam lagi sorang-sorang diri depan cermin.
Melihat jarum jam makin menginjak angka ke enam pagi.
Sarung kaki ambil kalut,lalu melangkah ke pintu.
Duduk di kerusi di tepi almari kasut itu.
Kaki disarungkan stokin tadi.
Kasut pula diambil dan pakai.
Tombol pintu dicapai lalu dikuak.
Kedengaran pintu rumah berhadapan dengannya juga dikuak.
Wajah di angkat melihat ke pintu hadapan sana.
"Uishhh." Kelihatan gerangan itu terpaku
Lalu melangkah masuk ke dalam rumah semula dah seketika keluar semula.
"Apehal kau ni setan?." Tanya hairan.
"Ermm...ermm.." kedengaran suara tersekat-sekat Rehal itu.
Menyandar di birai pintu sambil satu jari dibawa mengusap pintu rumahnya itu.
Kelihatan naik turun naik turun jari telunjuk Rehal itu.
Uzair sudah memandang tajam.
Tahu akal sengal Rehal itu mula berfungsi sekarang.
"Bukan janda kau je tergoda.Aku pun cair gini Zir.Aduhh baby face abe Ujay tu." Ujar Rehal
Lalu dua tangan dan ibu jari serta jari telunjuk di bawa mendekat ke dada.
Menjadikan kedua jari kiri dan kanan itu berbentuk hati.
"Kau elok sikit..aku sepak kang!!."
Berkerut dahi lalu menutup pintu rumahnya cepat.
"Ucikk sikit tak oleh.." bebel Rehal dengan bibir terjuih lalu menutup pintu rumahnya
"Nak ke mana awal sangat kau ni?." Tanya Rehal mengekor lalu lelaki itu ke lif.
"Jumpa aweks." Balas selamba
Duduk di dalam lif keduanya.
"Pergi mengorat janda la tu." Sambil menekan papan nombor di pintu lif itu
Uzair tidak membalas cuma tayang wajah tidak beriak seperti selalu.
"Pasal datuk tu dah settle ke?." Tanya tiba-tiba
"Belum..sikit lagi.Banyak hal orang tua tu,kena pakai PDRM lepas ni."
"Tengok pun tahu.Kau jaga sikit,Datuk Albert tu banyak kaki.Kau nak jaga puan,
kena jaga diri kau sama.mata-mata dia banyak Zir." Ujar Rehal mulai seriusMelangkah keluar dari lif lalu berpisah haluan.
"Tahu...Harap dia tak buat onar la.Tuan dah gertak tu." Balas tenang.
Lalu berpisah haluan.
Memandu ke rumah Sofea dengan rasa hati gemuruh.
"Rasa macam nak pergi dating pertama kali gugupnya tu."
![](https://img.wattpad.com/cover/371392794-288-k637406.jpg)
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (C)
De TodoFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...