BAB 54 TW ‼️

6.5K 260 70
                                    

Memandu di kawasan perumahan terbiar tu lalu memberhentikan Ford berkenaan di sebelah kereta Rehal yang terparking sama di sebuah rumah teres hujung lorong.

Gelap bila sekarang jam sudah hampir tiga pagi.

Melangkah masuk kelihatan Rehal duduk di kerusi,menyandar malas.

"Buat apa kau?." Sapa Uzair

Melihat Rehal itu sibuk dengan sesuatu di atas meja.

Ruang itu cuma di terangi lampu solar mudah alih.

Sedikit kelam.

"Aku jumpa ni tadi."

Lalu diangkat bekas minum yang sudah kosong tetapi diisi kalajenking.

"Bini dia cari tak ni?." Tanya Uzair terus

Melihat lelaki kepala botak kelihatan tidur dikerusi dengan tangan diikat kemas dibelakang.

"Cari...aku duk balas wasap bini dia.
manis tu siap love-love,mau kiss-kiss selalu." Balas Rehal selamba.

"Kau pun layan la??." Sudah tersengih bibirnya.

Memandang Rehal sekilas.

"Nak muntah,dah tua haihh.Sebab janda kau je aku rela paksa ni."

Kelihatan wajah mahu muntah Rehal terbias jelas.

"Kalau kau nak balik dulu pun takpe,aku settlekan yang ini." Ujar Uzair terus

Berdiri tegak memeluk tubuh.

Melihat lelaki itu saja baran hatinya mahu naik.

"Sikit lagi la.Puan pantang sekarang,aku takde kerja sangat.Tuan pun cuti lama." Balas Rehal perlahan

Sibuk dengan kalajenking dia tadi.

"Mak kau??." Tanya Uzair

"Abang aku ambil bawa balik rumah dia sehari dua." Balas tenang.

Uzair mengangguk faham.

"Haaa.. sebelum terlupa,ini yang kau nak aku dah cari gali."

Lalu ipad di beg galasnya di atas meja diambil keluar,diserahkan pada Uzair.

"Biawak je kau ni.." gumam Uzair perlahan sambil melihat skrin ipad itu lama

"Dia reti ayun telur je ni." Kata Rehal pula.

Lalu ipad dan sampul dicelah ketiak tadi diletakkan di atas meja.

Melangkah ke luar rumah.

Baldi cat yang berisi air hujan di ambil.

Lalu dibawa masuk.Disimbah kasar terus je muka Johar.

"Uii..uii..hujan." tersentak bangun kalut

Wajah dan pakaiannya basah lencun sekarang.

"Kau busuk sangat,dah banyak hari kan kau tak mandi." Ujar Uzair terus.

Lalu tong cat di campak ke tepi.

Bergaung bunyi tong itu bila terhempas ke lantai.

Rehal di sana cuma melihat sesekali.

Tenang seakan tengok drama tv.

Dua kaki disilangkan dibawah meja.
Sesekali kopi aisnya diteguk.

"Korang ni sape huh??kenapa buat aku macam ni?." Pekik Johar kuat.

Ada takut dan risau.

Selepas keluar dari dapur kedai kek isterinya itu.

Melangkah ke hotel berdekatan untuk bermalam.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Where stories live. Discover now