Duduk di taman permainan itu bertiga sejak tadi.Izara Andara itu bermain,
Sambil ditemani dua susuk bertubuh tegap."Jara cepatt." Laung Rehal sejak tadi hyper.
Uzair duduk di bangku batu melihat kedua makhluk itu.
"Rosak dah anak aku nanti ni." Omel perlahan
Melihat rakan juga jiran sengalnya itu sibuk ke sana sini dengan Zara.
Sama naik.
Zara naik buai dia ikut.
Anak itu main gelongsor Rehal juga ikut sama.
Naik jongkang jungkit si Rehal melayan anak itu.
"Papaaa..nak air."
Terkedek lari ke arah papanya itu.
Sejak pagi ke sini,ke rumah papanya itu.
Bila hari cuti begini.
Sofea pula perlu hantar kek perkahwinan.
"Perlahan sikit minum." Sambil peluh didahi Zara diseka.
Melihat anak itu meneguk air di botol pink itu rakus
"Tak payah pergi gim pun takpe harini." Ujar Rehal duduk di lantai batu di bawah.
Sambil meneguk air mineral hingga tumpah dan basah bajunya.
"Ceronok kan unkel Ehal??." Tersengih lebar
Selalu main sendiri,hari ini tiba-tiba ada teman ikut main sama.Walaupun saiz badan mereka berbeza.
"Ceronok Jara." Balas Rehal lalu ibu jari diangkat.
Mahu semput nafasnya.
"Jom balik..dah panas ni." Mula mendukung Zara.
Dipikul anak itu dan naikkan ke atas bahu.
"Abang Ujay...Ehal nak dukung jugak." Rengek Rehal
Uzair sudah menjeling tajam.
Sempat disepak perlahan lelaki yang duduk di lantai taman permainan itu.
Kedengaran suara ketawa Rehal dibelakang.
Melangkah naik ke kondo bertiga.
"Jara nak makan apa harini?nak papa masak?." Tanya lembut.
"Nak nacik dengan ayam goyeng."
Kepala papanya dipegang erat.
Seronok bila di pikul dan duduk dibahu papanya begitu.
"Bolehh..jom balik."
"Nak ikut makan sama." Celah Rehal dengan muka sekupang
"Jommm..." Ajak Zara
"Takde-takde.Kau balik rumah kau dulu."
Lalu pintu rumahnya dibuka.
Rehal di belakang sana sudah melorot bahu,bibir terjuih kemain.
"Jara nanti kita main lagi." Ujar Rehal sebik
Melambai sedih.
Zara di atas bahu papanya tersengih lebar.
"Babaiii Uncle Ehalll...." Lambai kemain meriah
Mujur belakang badan anak itu dipegang erat.
Melangkah masuk lalu menurunkan Zara ke bawah.
"Mama habis lambat ke cepat Zara?."
Ke dapur,lalu air dari mesin tapis diambil diteguk cepat.
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
De TodoFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...