BAB 63

1.7K 194 33
                                    

Selepas pulang dari sabah,terus memandu ke sini.Ke Kuantan bila cutinya masih berbaki.

Memberhentikan Audi itu di hadapan rumah berpagar tinggi.

"Tite datang umah cape ni papa?." Omel Zara dibelakang sana.

Membebel sepanjang perjalanan.

"Rumah kita." Balas Uzair

Sofea di sisinya sudah berkerut dahi.Mata naik memandang suaminya itu.

"Apa??betul la ni." Uzair tersenyum melihat riak isterinya itu.

Remote control pagar berkenaan ditekan.

"Ade kolam laaa.." mula teruja melihat kolam ditepi rumah.

"Sabarr la anak dara."

Memarkir masuk ke garaj.

"Jomm turun..kita duduk sini sampai cuti papa habis."

Turun mendapatkan Zara di kerusi penumpang belakang.

Sofea ikut melangkah.Melihat sekeliling rumah berkenaan lama.

Kelihatan taman perumahan yang sudah penuh dengan penduduk.Rumah ini pula,kelihatan masih seperti baharu.

"Jom masuk."

Kunci rumah di ambil dipoket beg sandangnya.

Zara pula sibuk dengan kolam disana.

Kolam ikan je pun,Bukan kolam renang 😌

Jari-jemari gatal mahu bertaut dengan jari-jemari Sofea.

"Kerja dekat KL,tiba-tiba ada rumah dekat sini." Gumam Sofea hairan

Berdiri bersebelahan di depan pintu kayu rumah itu.

"Sebelum kerja sana lagi dah ada rumah ni.."

"Jara nak tenok dalam papa..cepat buke." Mencelah ditengah.

"Ye..sekejap."

Lalu kunci dimasukkan ke tombolnya, pintu dibuka.

Menarik Sofea sama.Zara sudah awal lagi masuk melangkah.

"Whooaa..ade tv besyarrrr.." masuk meneroka rumah itu sendiri.

"Rumah ni abang beli waktu sayang pregnantkan baby ketiga kita dulu tu." Ujar Uzair perlahan

Dirangkul tubuh Sofea mendekat padanya.

Berdiri ditengah ruang tamu.Sama melihat ruang rumah berkenaan.

Sudah diubahsuai sedikit demi sedikit setelah pulang dari Lubnan dahulu.

"Tak cakap pun." Mendongak dengan wajah cemberut

"Kononnya nak surprise.." balas lembut sedikit senyuman

Lalu menghela nafas berat.

"Waktu loan lulus dan proses nak dapatkan kunci.Kita hilang baby lagi.." Gumam lagi

Saling berpandangan.

"Lepas hari kita bercerai,abang dapat kunci rumah ni.Tapi abang jadi tak tahu nak buat apa."

Sofea tersentak.

"Kononnya nak bagi kejutan untuk sayang,tapi kita yang terkejut dengan keadaan."

"Abangg." Bias wajahnya Sofea ikut mendung sama.

Ada ruang yang dimahukan mereka bila tua pernah dibualkan,dan impian mereka di dalam semua perbualan itu.

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now