Sibuk masakkan lauk kesukaan suaminya itu bila tahu perjalanan lelaki itu mahu sampai sedikit waktu.
"Berapa kali nak masak ni?jimat la sikit bahan.Esok nak makan lagi." Sergah pakcik Daud dengan suara tegas seperti selalu
"Masak sikit je ayah." Balas Sofea masih perlahan
"Lauk apa masak tu?." Tanya juga bila hidung dari tadi terbau sesuatu yang naikkan seleranya.
"Pindang ikan kembung je.Ayah nak makan?."tanya lembut
Tahu bapa mertuanya itu kurang makan sehari dua ini.Tubuh juga sedikit susut bila demam beberapa lalu.
"Boleh jugak.pahit mulut,tak lalu yang pedas-pedas." Balas juga bila perutnya berkeroncong.
"Okey sekejap."
Lauk pindang di atas dapur yang kelihatan mulai mendidih tadi dimasukkan garam.
Dikacau seketika.
"Ayah nak ikan masin tak?." Tanya lembut
Memandang sekilas lelaki separuh baya yang duduk di kerusi meja makan itu.
"Ada ke?." Tanya perlahan
Serba salah.
Melihat menantunya itu lama.
Selama anak itu masuk ke rumah ini, dilayan ala kadar kerana dengarkan kata isterinya.
Melihat tingkah dan sifat wanita ini pula.
Kelihatannya lain pula dari yang selalu didendangkan padanya."Ada.. tapi kena goreng sekejap.Ayah boleh tunggu tak?ikan belanak.Fea beli kelmarin waktu jenguk Ummi dekat pekan sana." Ujar Sofea panjang.
Sambil tangan ralit dengan senduk dan periuk di dapur.
"Kalau tak susahkan Fea." Balas pakcik Daud perlahan.
"Tak susah.kena tunggu sekejap.Fea gorengkan."Balas lembut.
Lalu api dapur ditutup bila masak pindangnya sudah siap.
Suis periuk nasi dihidupkan biar nasi sedikit panas semula.
Lalu melangkah ke peti sejuk,diambil ikan masin yang dibeli semalam.
Dua ekor diambil lalu direndam seketika.
Kuali kecil diambil,minyak dituang dan api dapur dinyalakan.
Pakcik Daud dibelakang sana cuma melihat menantunya itu ralit.
Kelihatan dimatanya wanita itu cekap di dapur.
Seketika aroma ikan belanak masin memenuhi ruang udara dapur ini.
Kecur liurnya yang sudah tiada selera makan sejak enam hari lalu.
Hanya dijamu bubur kosong oleh makcik Hajar.
Mana mahu seleranya datang.
"Makan la.kalau nak tambah ada lagi atas dapur tu." Ujar Sofea
Sambil menatang sepinggan nasi putih dan ikan masin tadi diletakkan diatas meja makan itu.
Lalu mangkuk diambil ,disenduk sedikit lauk pindang tadi.
Mangkuk kecil satu lagi diambil lalu air paip di masukkan ke dalam.
"Makan la..Fea tahu ayah takde selera sangat." Ujarnya
"Ni apa?." Tanya hairan melihat mangkuk berisi air jernih itu.
"Air cuci tangan.Tak payah bangun dah." Balas dengan senyuman.
![](https://img.wattpad.com/cover/371392794-288-k637406.jpg)
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RandomFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...