BAB 66

4.2K 284 14
                                    

Berdiri di sisi meja pulau itu sejak tadi memotong tangkai bunga matahari.

Pasu kaca berisi air itu kelihatan dipenuhi beberapa tangkai yang sudah di potong pendek.

"Peel pelik-pelik je ni haa.." gumam sendirian

Sejak hamil beberapa tingkahnya berubah.

Bila dulunya bukan peminat bunga sekarang mahu hias rumah dengan bunga-bungaan pula.

Jam di dinding di lihat sekilas.

Hampir satu tengahari.

Mula habiskan kerjanya cepat.

Siap dikemaskan semuanya mula melangkah ke bilik,bersiap mahu mengambil Zara di tadika.

Melangkah mahu ke pintu,kelihatan pintu dikuak dari luar.

"Assalamualaikum.." sapa Uzair dengan kepala terjenggul dibalik pintu.

"Waalaikumussalam..abangg." balas meleret

Terkedu melihat lelaki itu di depan pintu.

"Ingat nak balik petang..tapi susah la."
Melangkah masuk lalu disauk tubuh Sofea kepelukkan.

"Tak cakap pun nak balik..." Membalas pelukan,disangkut dagu di bahu lelaki itu

"Risau nak tinggal lama-lama." Gumam perlahan

"Siap pakai minyak angin siap-siap ke ni."

Mahu ketawa bila tubuh itu sudah berbau minyak cap kapak sekarang.

"Haah,tak sabar nak pelukk." Tersengih lebar.

Turun dari kereta terus di sapu minyak itu ke tubuh.

"Sayang okey??Zara??." Mula meleraikan pelukan

Melangkah ke sofa,lalu letakkan beg galasnya di sana.

Jari-jemari bertaut dengan jari-jemari Sofea.

"Okey je ni.. kampung okey??." Berbasa-basi

"Okey." balas pendek dengan senyuman segaris

Melangkah keluar.Lalu pintu ditutup rapat.

"Ambil anak pastu beli barang la terus."

"Bolehhh.." tersenyum bila suaminya itu seakan tahu

"Baby okey??." Tapak tangan dibawa mengulas perut isterinya itu perlahan

Duduk di perut lif mahu turun ke ruang parking.

"Fea okey je ni."

"Betul ke??ada nak makan apa-apa?."

Sibuk mahu melayan kerenah isterinya pula sekarang.

Melangkah ke kereta,pintu dikuak untuk isterinya itu.

Lalu melangkah mahu masuk ke sebelah sana cepat.

Sambil berlari anak.

Sofea sudah ketawa melihat peel suaminya itu.

"Ada nak makan apa-apa tak?." Ulang semula soalan.

"Belum teringin apa-apa la sekarang,suka bunga ja." Balas lalu tersengih

"Semoga hati baby banyak taman bunga la nanti."

Wajah dibawa menundukkan ke perut Sofea.

Tahu ruang rumah mereka penuh bunga sejak sekarang.

Balkoni juga ditanam pokok bunga ros beberapa pasu.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Where stories live. Discover now