BAB 20

1K 104 16
                                    

Melangkah perlahan,lalu masuk ke kedai barangan bayi itu.

"Kita beli sikit lagi sebelum awak keluar okey." Gumam Sofea

Lalu pakaian untuk anaknya itu dibelek satu persatu.

"Dah ke Sofea?." Sapa Makda yang baru muncul

Ke toilet sekejap tadi.

"Kejap Makda,tak tahu nak pilih."

"Ambil warna putih atau yang sesuai untuk dua-dua gender la Fea.itu la ajak pergi scan tak nak." Bebel Makda lembut

"Sofea nak surprise ni.Tak kisah pun baby boy ke girl." Balas dengan tawa

"Ini comel.." lalu dipilih beberapa helai untuk cucu angkatnya itu.

"Makda kalau pilih selalu terbaik,Sofea pun suka."

Melihat sama hasil pilihan Makda itu.

"Ambil ini la..Lagi kena beli apa Sofea?apa yang belum ada?." Tanya sambil mata mengitari ruang kedai barangan bayi itu.

"Dah cukup la Makda,ini beli tambah sikit je."

Mengambil beberapa helai baju tadi,
sarung tangan,sarung kaki juga barut.

"Untuk diri Sofea dah cukup?Beli sikit lagi la."

Melangkah ke kaunter bayaran

"Sofea punya dah cukup Makda.Tinggal nak bersalin je ni." Balas lalu membayar barangan itu.

Sempat ditolak lembut huluran kad bank dari Makda.

Jika boleh semua barangan dibayar gunakan duit kerjanya.

"Sofea ada duit." Bisik perlahan

"Cukup ke?nanti nak bayar hospital.Bidan lagi.Nak pakai duit banyak.Sikit-sikit biar la Makda bayarkan."

Sedikit merajuk bila anak itu seakan tidak mahu menerima pemberiannya.

"Cukup InshaAllah.Makda dan Pakda dah banyak sangat tolong.Bagi la Sofea usaha sesekali ya.Nanti baby keluar nak susahkan Makda dan Pakda lagi.Sofea tak betah kalau banyak hutang budi Makda." Balas panjang

Selama duduk disini,terasa banyak susahkan kedua orang tua itu.

Menarik Makda melangkah ke keluar.

Berjalan beriringan di kaki lima Mall itu.

"Yela..Makda faham.Tapi kalau susah atau tak cukup bagitahu Makda ya." Ujar perlahan

Faham jika Sofea segan mahu menerima selalu.

"Sofea nak pergi Atm sekejap tau.Makda tunggu dekat restoran tu."

Bila melihat mesin atm cuma bersebelahan restoran itu.

"Okey,sofea nak makan apa?." Sempat tanya

"Nak nasi kerabu kalau ada." Tersengih

Makda mengangguk lalu plastik ditangan Sofea diambil dan dibawa sama.

Menghela nafas lalu melangkah ke mesin atm itu.

Hampir setahun disini,beberapa minggu lagi tarikh melahirkan tiba.

Perut yang menaik dipandang lama.

Selama di sini,dua bulan pertama saja gunakan wang simpanan yang ada.

Selebihnya hidup dengan ehsan kedua orang tua angkatnya itu dan duit gaji yang diperolehi di akaun bank yang lain dari hasil kerjanya di kilang Pakda.

Melangkah sedikit lagi bila di depannya kelihatan tinggal cuma lagi seorang menggunakan mesin itu.

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now