FIFTH
🍁UZAIR & SOFEA🍁
Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang.
Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul.
Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...
Sejak tadi kedengaran mulut becok si anak dara Ahmad Uzair membebel itu ini.
"Kite nak pegi mana ni papa?kenape jara kena pakai baju macam ni?kite nak pegi tenduri ke." Tanya Zara untuk kali ke tiga.
"Kita nak pergi pejabat agama Izara Andara kesayangan papa." Balas lelaki itu meleret
Masih lembut dan manis nadanya itu.
Sofea disebelah pula tidak betah.Sejak tadi bercampur-baur rasa hatinya.
Terasa baru dua minggu lalu ke mahkamah dan hadir ke sesi soal jawab dihadapan pendaftar nikah.
Tiba-tiba hari ini sudah sampai hari pernikahan mereka.
"Kenapa kita kena pegi cane papa?mama pun tantek ni?." Tanya lagi.
Masih polos.
"Sebab Zara nak papa dengan mama kawin semula kan hari tu,sekarang papa dengan mama nak pergi kawin la ni.Nanti kita boleh duduk sama-sama." Tersenyum senang hati sejak hari tu sampai harini.
Melayan perbualan anaknya itu sejak tadi.
Sesekali mata dibawa melihat sekilas ke sebelah.
Tahu ada ragu di ruang hati kepunyaan Nurul Sofea itu.Tetapi tiada ruang mahu diberikan kepada wanita itu lagi.
Kawin tetap kawin!!.no excuse lagi.
"Owhhh..papa denan mama nak tawin la ye." Terangguk-angguk kepala anak itu
Bibir termuncung-muncung.terjuih
Uzair didepan sana memandu sambil melihat sesekali cermin sisi hadapan.
Memandang anaknya itu.
Nampak comel dengan dress labuh berona khaki dan tudung dibelit buatkan pipi gendutnya kelihatan jelas.
Nampak sibuk dibelakang sana,duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak sambil mulut disumbat dengan botol susu.
Kemain mak datinnya anak itu dengan cermin mata gerhana dan tas tangan kecil diusung sejak tadi.
Diva betul..anak sapa nih??
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Diam je..okey ke tu?." Sapa Uzair perlahan
"Macam pelik la,kenapa cepat sangat?haaa..lagi satu saya tak semak pun borang nikah tu." Balas Sofea terus
Mata dipakukan kepada lelaki itu.
Nampak segak dengan baju melayu putih siap bersamping.
Nikah kali kedua ni..pasal segak sangat ni.
"Owhhh tu..suami dah buatkan.Apa susah nak pikir.nikah jela.Lagi cepat lagi elok ni..karang kau tu ubah-ubah fikiran lagi." Ujar Uzair terus
"Awak scam saya ke ni?." Tanya terus bila boleh agak akal lelaki itu.