Chap 32

46 3 0
                                    

Pergaduhan yang telah lama tersimpan akhirnya meletus dalam satu pertemuan keluarga. Setelah majlis penghargaan yang berlangsung tanpa sebutan nama Amani, keluarga Amani mendekati Adriana untuk bertanya lebih lanjut. Ketegangan sudah lama membara, dan pada saat itulah, segala perasaan yang terpendam mula keluar.

“Apa sebenarnya yang berlaku di antara kamu dengan Amani?” Ibu Amani memulakan pertanyaan dengan nada tegas. “Kami perasan, dalam ucapan kamu tadi, langsung tak ada sebut nama dia. Apa Yang Kami fikirkan untuk tidak meletakkan nama Yang istimewa seperti Amani pada pada ucapan kamu?”

Adriana, yang sudah terlalu lama menyimpan perasaan kecewanya, tidak lagi mahu menyembunyikan kebenaran. “Amani curang dengan Saya semasa saya berada di Jepun,” kata Adriana dengan nada marah. “Saya bersusah payah menaikkan nama negara, menaikkan taraf hidup kami dan menjadi seorang Yang setia tetapi, Amani curang dibelakang saya.”

Keluarga Amani terkejut mendengar kenyataan itu. Mereka memandang Amani dengan mata yang penuh dengan persoalan dan kekecewaan. Amani, yang berdiri diam di sudut bilik, merasa dunia seakan runtuh. Dia tidak dapat mengelak lagi, kebenaran yang cuba dia sembunyikan akhirnya terbongkar.

“Betul ke apa yang Adriana cakap ni?” tanya ibu Amani, dengan suara yang kini lebih lembut tetapi penuh rasa terkejut. Ayahnya pula hanya menggelengkan kepala, tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Amani terdiam, matanya tertunduk. Setelah beberapa saat yang terasa seperti selamanya, dia mengaku dengan perlahan, “Ya, betul… aku buat silap. Tapi aku tak bermaksud nak menyakitkan dia.”

Keadaan menjadi semakin tegang. Ibu Amani kelihatan kecewa, dan Tan Sri Hassan cuba menenangkan suasana yang semakin tegang. “Betulkah apa yang Saya dengar tadi?” katanya, berharap semuanya hanyalah prank semata.

Namun, Adriana tidak dapat lagi menahan emosinya. “Aku menyesal,” katanya dengan mata berair, tetapi suaranya masih keras. “Aku menyesal kerana setia sepanjang masa. Menyesal kerana pernah mencintai seseorang yang aku dulu anggap musuh. Semua ini buang masa. Aku benci pengkhianat macam Kau. Aku tak nak tengok muka Kau lagi, Jijik aku dengan perangai busuk Kau,”

Keluarga Amani hanya mampu terdiam, tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Kebenaran yang baru sahaja dibongkar terlalu berat untuk dicerna sekaligus. Amani hanya berdiri di sana, tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia tahu, apa sahaja yang dia katakan sekarang tidak akan memperbaiki keadaan.

Dengan hati yang hancur, Adriana memutuskan untuk melangkah keluar dari pertemuan itu. “Aku takkan pernah maafkan kau,” ucapnya sebelum pergi, meninggalkan keluarga Amani yang terpaku dalam kekecewaan dan kesedihan yang mendalam.

Keluarga Amani mula saling berdebat mengenai apa yang seharusnya mereka lakukan seterusnya. Mereka terkejut dengan kenyataan Amani dan kecewa kerana hubungan yang mereka anggap sempurna kini telah runtuh di depan mata mereka.

Disebalik Jaring Bola Baling [gxg] ✅Where stories live. Discover now