5.3.2 Tinggal Dengan Nicky

94 10 2
                                    

Isnin 20/12/1999

Pak Mat tiba tepat pada waktunya. Semasa meletakkan beg pakaianku di bonet belakang, aku lihat beg Cathy pun ada juga. Takkan dia nak bermalam di sana juga, hatiku bertanya. Dalam perjalanan Pak Mat rancak bersembang dengan kami. Dia bertanya tentang perancangan kami sekiranya mendapat keputusan yang baik nanti.

"Entah la Pak Mat, perancangan tepat tu belum ada, tapi ada la kami dok rancang nak belajar di USM saja."

"Di UM kan lagi baik."

"Jauh sangat. Payah nak balik. Umi pun bukan sihat sangat."

"Cathy pun nak pergi USM juga?"

"Kalau ada rezeki."

"Pak Mat tengok hangpa berdua ni tekun sungguh belajar, Insyaallah boleh dapat keputusan yang bagus. Macam tu la Pak Mat suka. Nak berkawan tu takda masalah, tapi mau belajar sungguh-sungguh, bagi orang tua kita seronok. Depa pun makin lama makin tua, kalau kita pandai jaga hati depa, tak sia-sia la depa kerja tongkos lomos nak bagi kita sekolah, nak bagi kita pandai. Kalau dua-dua nak belajar kat USM, Pak Mat lagi suka, boleh belajar sama-sama lagi."

"Insyaallah Pak Mat, kami harap Pak Mat tolong la doa sama dekat kami."

"Sebelum ni pun Pak Mat dan Kak Nah selalu berdoa untuk hangpa berdua. Tapi hangpa berdua juga kena tekun dan usaha. Insyaallah, cita-cita hangpa akan berjaya. Zek duduk kat Penang ni jangan la buas sangat. Maklumlah duduk di pekan besar ni banyak cabaran dan dugaan. Kita nak pergi mana ni, nak singgah kilang ka, nak terus ke Sunrise ka?"

"Cathy ingat kita singgah kilang dulu. Tengok Nicky kata macam mana."

Buat pertama kalinya aku melangkah kaki ke bakal tempat kerjaku. Besar juga kawasannya, bangunan dua tingkat di bahagian hadapan merupakan pejabat pentadbiran manakala bangunan besar di belakangnya adalah kilang membuat baju kemeja-T. Aku menurut sahaja Cathy masuk ke pejabat dan menaiki tangga ke atas. Beberapa orang pekerja yang ada di situ menegur Cathy, maklumlah anak tauke. Pak Mat juga mengikut di belakang.

"Hai Nicky." Cathy menegur sebaik sahaja membuka pintu bilik abangnya. Nicky bangun dan bersalaman dengan kami bertiga.

"Ha Zek. Terima kasih banyak-banyak mau tolong kami. Papa betul-betul rekomen you untuk kerja di sini. I hope we can work together."

"Harap-harapnya macam tu lah. Tapi saya nak bagitau awal-awal lagi yang I don't have any experience."

"We all know that. Papa said that you're coming here to learn and get some experience, and he's damn sure that you will learn fast and will give a good contribution to this factory. Pak Mat pun sokong bila Papa cakap nak mintak you datang kerja sini." Dia berkata lagi sambil memandang Pak Mat.

"Cathy seorang saja yang tak setuju. Sebab dah susah nak jumpa Zek." Pak Mat menambah sambil menjeling Cathy.

"Ishh... pandai la Pak Mat ni." Cathy menjeling Pak Mat.

"Oh macam tu ka. Takpa I sediakan satu meja lagi bagi dekat dia. Pak Mat balik bagitau Papa, Cathy pun kena kerja sini juga. Saya tak cukup orang ni." Nicky mengusik adiknya. "Ha, Pak Mat, Papa baru telefon tadi, dia minta Pak Mat balik sekarang pasal dia nak ajak ke Alor Setar petang ni."

"Depa dua orang ni macam mana?"

"Takpa, saya ada."

"Kalau macam tu biar Pak Mat balik dulu. Nanti dia dok tunggu-tunggu pula." Pak Mat keluar. Aku juga turut keluar untuk mengambil beg pakaianku dan Cathy.

"You letak beg dekat mana?" Cathy bertanya sebaik sahaja aku masuk semula ke bilik Nicky.

"Di bawah."

Cathy & ZackWhere stories live. Discover now