"Where are you Fayyadh? Its been an hour" Lea mendengus marah. Matanya meliar mencari kelibat seorang kawan yang berjanji untuk makan tengahari di Mc Donald.
"Sorry, please. Tunggu tau Lea. Dah nak sampai ni." Fayyadh mematikan panggilan daripada Lea. Berdebar juga hatinya takut Lea mengamuk.
Janji dengan orang tapi batang hidung tak nampak. Typical melayu. Lea kembali melihat jam tangannya yang berjenama Fossil. Air Pepsi yang diteguk sudah separuh. Chicken McDeluxe yang Lea ditenungnya tajam.
Flashback Start
"Mel, jom keluar beli barang sekolah. Lagi 2 minggu kan sesi persekolahan 2015 nak mula. Abah tak suka anak abah prepare last minute. Nanti itu tak cukup, ini tak cukup."
Mel segera bersiap setelah abahnya mengajak pergi beli barang sekolah. Sudah beberapa hari yang lepas abah berjanji namun hari ini baru abah ada kelapangan.
"Abang nak ikut boleh?" Ujar Nazrin.
"Sebok jelah abang ni!" Mel mengusik abangnya. Enjin kereta Grand Livina dihidupkan oleh Encik Nazim. Dua beradik bergaduh manja di depan pintu membuatkan Encik Nazim tergelak sendiri.
"Abah, nanti kan sebelum kita pergi cari barang sekolah kita makan dulu boleh? Adik lapar lah abah. Nak makan KFC." Rayu Mel sambil menelan air liurnya terbayang ayam goreng yang ranggup digigitnya rakus.
"Makan, makan, makan. Itu jelah kerja adik."
"Biarlah. Daripada dating, dating, dating." Mel berniat membocorkan rahsia abangnya bercinta dengan rakan sekolahnya, Lisa. Lisa budak kelas aliran seni. Perwatakkannya yang sopan menarik minat Nazrin.
Nazrin menekup mulut Mel pantas. Risau rahsianya diketahui abah. Abah tak suka anak-anaknya bercinta tanpa memaklumkan kepadanya dulu.
"Yay! Makan. KFC! Sedapnya. Abah adik nak 4 ketul ayam tau."
"Banyaknya Mel. 2 ketul cukuplah." Encik Nizam mencelah.
Mel mula menundukkan mukanya tanda merajuk. Encik Nazim kasihan melihat Mel kempunan.
"Okaylah 4 ketul. Adik order jelah yee." Encik Nazim terpaksa memujuk Mel dengan cara membenarkan Mel makan sebanyak yang dia mahu.
Mel berjalan memeluk pinggang abahnya. Dia tidak malu menjadi anak abah daripada ada anak yang tidak mahu mengaku ibu bapanya hanya kerana status kaya dan miskin.
"Kenyangnya." Mata Mel mula layu. Perutnya penuh dengan ayam dan air gas. Tubuhnya makin sukar untuk bergerak.
"Haih, kan abah dah cakap. Beli barang sekolah dulu baru makan. Tengok dah malas nak bangun."
"Abah lain kali jangan menangkan adik sangat. Dah jadi macam ni? Susahkan abah. Dah lah abah susah dapat cuti. Takde abang tak kira. Jom pergi cari barang sekolah." Tegas Nazrin sambil menarik tangan abahnya ke kedai pakaian seragam sekolah.
"Alat tulis dah, botol dah, kasut dah, beg dah... baju sekolah belum!" Mel memulakan semakan di otaknya. Dia cuba mengingati apa yang mahu dibelinya.
"Cuba jenama Canggih ni adik, tahun lepas adik pakai jenama ni kan, kain bagus kan." Abah mula membelek mencari size besar untuk anak daranya. Mel masih terkial-kial memilih tudung.
"Tak muat lah abah. Hmm." Mel mengeluh.
"Takpe lah adik. Next time abah bawak keluar cari kedai lain pulak." Encik Nazim saja menyedapkan hati anaknya.
"Okaylah. Abah adik nak bungkus McD boleh?"
Encik Nazim mengiyakan saja. Nazrin memberi isyarat supaya tidak melayan permintaan adiknya yang gila makan.
×××××
"Wah semua dah cukup ni. Lengkap dah ke?" Puan Naimah mencelah. Barang yang Mel bawa di ambil oleh ibunya.
"Baju sekolah dengan skirt je tak dapat lagi." Encik Nazim bisik kepada isterinya.
Mel naik ke biliknya. Tingkap biliknya dibuka supaya angin dapat dirasainya. Perasaannya tidak tenang kerana ada lagi barang yang belum lengkap.
"Kenapa anak ibu ni masam je? Meh cerita dengan ibu." Puan Naimah menggosok bahu anaknya.
"Ibu... adik gemuk sangat. Sampai baju sekolah pun tak muat. Adik... sedihlah." Luah Mel sambil melihat perutnya yang semakin membuncit. Bajunya mempamerkan bonjolan lemak.
"Adik tak gemuk. Adik chubby je. Okay macam ni. Macam mana kalau ibu jahitkan baju sekolah dengan skirt sekolah untuk adik? Lagipun last year kan? Special lah sikit kan." Pujuk Puan Naimah.
"Betul ni ibu?! Yay! Thank you ibu. Mel sayang ibu." Mel terus memeluk erat tubuh kecil ibunya. Terharu dengan anaknya yang mengadu size badan makin bertambah, Puan Naimah bagaikan sebak. Dia berfikir akan datang penerimaan orang dengan anaknya.
"Dah takpayah risau. Ibu janji ibu start jahit esok jugak. Dah jom turun makan. Tadi adik bungkus McD kan? Haa lambat ibu makan."
"Alah ibu. Janganlah. Adik yang bungkus. Nak share bolehlah." Mel memuncungkan bibirnya dan berlari turun ke bawah mencari bungkusan McD.
Bunyi loceng pintu di luar. Mel berlari membuka pintu. Kak Nuha dan tunangnya, Abang Safwan baru balik dari menempah baju pengantin.
"Suprise! Aiskrim untuk adik." Safwan menunjukkan plastik berisi kotak besar aiskrim Baskin Robbin.
"Wah! Terima kasih Abang Wan, abang ni best lah. Belum jadi abang ipar dah belikan adik macam-macam. Aiskrim, coklat, pizza." Mel mengambil aiskrim tadi dan meletakkan di dalam peti sejuk paling atas. Niatnya malam ini harus dimakan aiskrim kegermarannya.
"Abang Wan, jangan manjakan sangat adik tuh. Melampau dia tuh. Tahu tak tadi dah makan KFC, nak balik tapau McD lagi. Bertambah tem...,"
"Apa?! Nak cakap apa?! Tembam?! Biarlah. Abang Wan bukan macam abang, mulut laser!" Mel mempamerkan muka menyampah kepada Nazrin yang mengejek adiknya.
Perlahan-lahan burger Double Cheese Burger Mel suapkan ke dalam mulutnya. Dia mengunyah laju saja. Nuha dan Safwan tergelak melihat gelagat Mel yang comel. Pipinya gebu kini bergerak-gerak bagaikan bola.
Flashback End
"Hello? Lea? Oi kau okay tak?" Meja ditepuk kuat oleh Fayyadh. Lamunan Lea tersentak. Dia masih diawang-awangan teringatkan kisah silam. Segera dia kembalikan fikirannya dan cuba memahami tindakkan Fayyadh.
"Oh kau... eh lambat gila kau datang! Sejam aku tunggu. Peh too much eh kau! Nak balik office lah."
"Alaa, janganlah balik office. Aku baru je sampai. Please lah, please. Burger ni pun kau belum sentuh lagi." Pujuk Fayyadh.
Sayur burger Chicken McDeluxe dikunyah oleh Lea perlahan sambil menahan dirinya yang masih marah dengan janji melayu Fayyadh.
"Eh Reena mana? Janji nak datang lunch sekali. Dia lagi lah teruk. Aku lambat sejam je, dia?"
"Dia emergency leave. Tak sihat. Dia bukan macam kau. Disiplin kelaut!" Lea melepaskan marahnya yang masih lagi tersisa.
"Okay. Fine. Aku minta maaf sekali lagi ye? Aku jumpa klien kat bilik mesyuarat tadi. Ada projek baru nak dibincangkan." Fayyadh mencipta alasan yang bernas.
Mata Lea menjeling kasar kepada Fayyadh. Air pepsi diteguknya hingga kosong cawan kertas itu.
Yay! Saya jumpa idea baru. Please jangan pulaukan saya reader disebabkan saya delete novel 'Hanya Kamu' haritu. Idea saya betul-betul lost. Mati kutu. Berhari-hari tak update. Sorry for wasting your time reading and voting that story. Hope kali ni mendapat sambutan serti novel sebelum ini.
Sincerely,
MissDaisyDee
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...