"Lea, parent saya nak jumpa awak. Boleh?"
"Fayyadh please... saya dah bagitahu kan? Saya minta maaf. Saya tak boleh jumpa dengan parent awak. Saya taknak bagi harapan."
"No, Lea. They just want to meet you. Saya selalu cerita tentang awak. Dorang tertarik dengan peribadi awak. Jangan risau, saya dah bagitahu orang tua saya jangan sentuh bab hati dan perasaan."
"Fine. Saya jumpa. Saya taknak hampakan perasaan orang tua. Bila?"
"Malam ni? Pukul 8 saya jemput awak okay." Fayyadh tersenyum. Masih tersenyum walaupun kisah mereka sudah lama berakhir.
×××××
"Reena, bersiap. Ada orang jemput kita dinner."
"Haa? Siapa?"
"Adalah. Dah bersiap."
Reena mencebik. Dia tak mampu meneka siapa yang mengajak mereka dinner malam ini.
"Eh Fayyadh? Lah. Dinner dengan Fayyadh je. Ingatkan dengan siapa tadi."
"Tak Reena. Kita dinner kat rumah parent Fayyadh. Awak tak kisah kan saya ajak Reena?"
"Eh, saya tak kisah. Parent saya pun teringin nak jumpa Reena jugak."
Dalam perjalanan mata Fayyadh tidak berhenti memandang Lea. Makin dipandang perasaan cinta makin menebal. Susah untuk dia lupakan orang yang begitu dia sayang. Reena sempat melihat Fayyadh. Lelaki itu tidak banyak berubah dan masih kekal dihatinya.
"Oh inilah Lea? Ini Reena? Jom masuk-masuk. Ummi dah masak banyak ni dengar orang nak datang seronok je."
"Ayah! Turun. Tengok siapa yang datang ni."
Ayah Fayyadh menuruni anak tangga. Rumah Fayyadh memang besar mengalahkan rumah menteri. Adik beradiknya belajar luar negara. Ummi Fayyadh begitu sopan dan kelihatan agak warak. Pakaiannya saja tudung labuh dan jubah.
"Eh makan Lea, makan Reena. Jangan segan-segan. Anggap je rumah sendiri. Makcik memang takde anak perempuan. Seronok bila perempuan datang rumah."
Ummi Fayyadh melayan Lea dan Reena bagaikan puteri. Sesekali ummi mencedokkan lauk untuk Lea dan Reena. Memang berbeza dengan mama Naufal. Sangat berbeza.
Flashback Start
"Jadi inilah pilihan Naufal? Are you sure?"
"Mama jaga mulut. Amelia tetamu kita kan. Pergi siapkan air dan makan petang."
"Makan? Tengok badan pun saya tahu dia dah makan. Betul tak Amelia?" Sindir mama Naufal.
"Yee pakcik. Saya memang dah makan. Takpayah susah-susah. Saya datang sekejap je." Mel memberanikan diri membuka mulutnya setelah berdiam diri saja.
"Takpe Amelia. Pakcik minta Bibik siapkan air. Bik Ina! Buatkan air untuk tetamu kita." Papa Naufal tersenyum ke arah Mel. Tanggapan Mel meleset. Rupanya masih ada yang berbaik dengannya.
"So, orang tua awak kerja apa? Gelaran apa? Dato? Tan Sri?"
"Mama. Please." Papa Naufal mencelah lagi.
"Abah saya buka kilang roti resepi sendiri. Ibu saya suri rumah. Gelaran... takde."
"Oh buka kilang je? Ingatkan ada syarikat sendiri. Gelaran pun takde. Jadi awak rasa layak ke awak nak jadi menantu saya?"
"Makcik, saya..."
"Excuse me, bukan makcik yee. Datin. Datin Liza." Mama Naufal memperkenalkan dirinya dengan bangga.
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...