"Bosannya hari cuti duduk rumah!" Lea mengeluh.
"Rileks lah Lea, hari cuti duduk jelah rumah. Boleh rehat. Kalau dah kerja? Sibuk nak cuti pulak nanti." Reena menegur sambil membawa dua gelas cawan air milo.
"Hmm yelah. Fayyadh boleh pulak hari minggu pergi overseas. Anak datuk lah katakan. Meeting sana sini." Lea merungut lagi. Reena hanya ketawa kecil melihat gelagat Lea yang membebel.
"Kau nak pergi mana pulak ni?"
"Nak tidurlah. Bosan. Nanti kejut aku solat Asar." Pesan Lea yang melangkah masuk ke biliknya.
Mata ni taknak pejam pulak! Pandangan Lea tertumpu ke arah album gambar perkahwinan Kak Nuha. Diselaknya satu persatu-satu.
"Cantiknya Kak Nuha..."
Gambar ni... satu gambar kenangan yang membuka ingatan masa silamnya. Semua kenangan bermain di difikirannya.
Flashback Start
"Naufal, i beli coklat ni mahal tau untuk you, makanlah."
"Betul ni? Thank you Fisya. Baiknya awak." Naufal mengambil sekotak coklat pemberian Fisya.
Fisya menjeling ke arah Mel yang terliur melihat coklat di tangan Naufal. Dah lama dia tak merasa makan coklat.
"Awak nak Mel? Maybe kita boleh kongsi?"
"Eh takpelah, itu awak punya. Malu lah saya." Mel menolak.
"No, its okay. We can share. Lagipun banyak ni. Saya makan sorang memang takkan habis. Bagi Reena dengan Fayyadh sekali," Naufal mempelawa mereka untuk makan sekali. Mel membuka plastik coklat dan makan dengan nikmat. Sungguh sedap!
"Ergh! Kenapa dia kongsi coklat tu dengan Anak Badak tuh!" Fisya mula menepuk meja.
"Naufal, kenapa you tak cakap you nak makan share-share? I boleh share dengan you." Fisya kembali ke meja Naufal.
"Sorry, Fisya. Dah habis. Hee."
Mel menyumbat coklat terakhir ke dalam mulutnya. Coklat yang cair memenuhi mulutnya.
"Lepas ni you takpayah belikan Naufal coklat. Membazir je. Dia bagi anak badak tu jugak. You rasa Naufal suka anak badak tu?" Hana mengapi-apikan Fisya yang mendidih marah.
"You buat lawak ke Hana? Tak mungkin Naufal yang handsome tu suka si gemuk tu. Merepek jelah!" Fisya lancang mengutuk Mel.
Habis saja waktu Cikgu Nisa semua pelajar kelas 5A berpusu-pusu turun ke kantin. Mel antara pelajar yang tak mahu ketinggalan membeli makanan dengan banyak. Dia sempat menghabiskan dua pinggan nasi goreng dalam 15 minit saja.
"Boleh saya join korang?"
Mel berhenti makan mendengar suara dari belakang. Naufal! Mel terus makan dengan sopan. Dia malu lelaki idamannya duduk di sebelah.
"Untungnya anak badak tu. Makan sekali dengan Naufal." Hana saja membuat Fisya marah.
"Ish! Budak tu memang cari pasal lah. I dah lama geram dengan dia. Tunggu je bila tiba masanya. Dia belum tahu i siapa!"
×××××
"Oh penatnya! Ibu masak apa harini?" Mel melabuhkan punggungnya ke sofa lembut.
"Mel jangan lupa letak baju sekolah dalam bakul baju kotor. Esok cuti sekolah kan." Pesan Puan Naimah.
"Makan, makan, makan. Itu je dia tahu. Mana tak debab!" Nazrin memperli Mel.
"Eleh! Macamlah abang tu tak makan. Makan jugakkan?" Mel membalas.
Mel naik ke bilik. Cermin yang besar itu ditenungnya. Bermacam mimik muka dipamerkan oleh Mel seolah cermin mengejek Mel kembali.
"Hmm, nak buat muka macam mana eh esok? Macam ni? Hish! Buruk. Macam ni? Hish nampak gemuk sangat pipi tuh!" Mel memuncungkan bibir dan mengempiskan pipi gebunya.
"Naufal... I'm in love with you."
Mel ketawa sendiri. Tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja dan mendail nombor Reena.
"Datang tau, aku tunggu!" Mel menegaskan lagi sekali.
×××××
"Assalamualaikum. Mel oh mel!"
"Waalaikumussalam, haa Fayyadh, Reena. Masuk- masuk. Mel dah tunggu dari tadi."
"Korang ni lambat lah. Tengok? Dah sekotak aiskrim habis!" Mel mencebik. Reena dan Fayyadh tergelak besar melihat mulut Mel yang comot.
"Dah, jom study. SPM dah nak dekat ni. Nervous gila!" Reena membebel.
"Umm, korang kalau dah habis study dapat tawaran nak ambil kos apa?" Mel bertanya. Reena dan Fayyadh saling berpandangan.
"Aku memang kena ambil bussiness lah kan. Papa aku tu nak aku uruskan syarikat dia." Fayyadh membalas.
"Aku pun maybe sama. Mak aku dia nak tengok aku ada perniagaan sendiri, bukan kerja terikat dengan kerajaan. Bukan tak bagus kerja kerajaan cuma dia kalau boleh taknak aku kerja kerajaan." Reena mencelah.
"Eh kau tanya kitaorang. Kau tuh pulak?"
Mel terdiam. Sejujurnya dia belum terfikir lagi hal itu. Dia belum bincang dengan ibu dan abahnya. Kak Nuha buka bussiness sendiri, ada butik. Abang Nazrin masih belum tamat belajar.
"Aku pun tak tahulah. Hahaha. Lapar... dah dua jam belajar. Tak rehat pun. Kesian perut aku."
"Mel ni comel lah." Ujar Reena.
×××××
"Tolong bagi kerjasama. Saya nak teratur ye. Mula dengan kelas senior 5A."
Pelajar lain memenuhi barisan untuk bergambar. Mel melihat Naufal di barisan tengah sekali. Cepat-cepat dia mendapatkan tempat, namun Fisya lebih pantas. Matanya tajam menjeling Mel.
"Amelia, awak berdiri tengah-tengah. Fisya awak berdiri hujung. Awak pendek sikit." Arah Cikgu Nisa.
Fisya geram. Dia semakin marah pada Mel. Reena dirempuh kasar oleh Fisya. Mel tersenyum manja. Gambarnya sebaris dengan Naufal. Naufal berdiri di belakangnya.
"Comelnya awak Amelia. Tengok awak buat muka." Naufal menunjukkan gambar yang terhasil. Muka Mel paling menyerlah. Naufal sentiasa kacak.
"Eh, yeke? Mana ada. Awak lagi comel. Tengoklah." Mel menunjukkan muka Naufal. Mel kembali tergelak melihat muka Fisya menjeling dan muka Hana terlindung oleh tangan seorang budak india.
Flashback End
"Oi Lea! Bangun. Fayyadh datang tu ajak keluar makan. Jomlah!"
"Hmm okay. 10 minit." Lea menjawab dalam mamai.
Lea bangun mandi dan segera mengenakan dress singkat paras bawah lutut. Solekan yang nipis menyerlahkan lagi mukanya. Rambutnya dibiarkan terurai panjang melepasi bahu.
"Amboi kau, lawa noh. Macam nak pergi wedding pulak. Haha."
"Lamanya korang bersiap. Jenuh aku tunggu. Dah jomlah." Fayyadh mendengus sambil diketawakan oleh Reena dan Lea.
×××××
"Uih! Hotel. Apasal tiba-tiba je ni?" Reena hairan.
"Saja. Aku dapat projek baru! Aku happy sangat. So tak salah kan belanja korang makan? Jangan risau. Ambil je apa korang suka, aku belanja semua." Fayyadh mengarah sambil tersengih bangga.
"Kau ni Fayyadh, ada duit simpanlah. Masa depan kita tak tahu macam mana lagi kan? Kau bawak kitaorang makan restoren tepi jalan pun dah okay, ini sampai hotel. Haih." Lea mengeluh sambil mengomel dengan sikap boros Fayyadh.
"Dah takpayah ingat lagi masa lalu Lea, masa depan lagi penting." Reena mengalih perhatian Lea.
Lea tersenyum. Jujurnya kisah silam bermain di fikiran.
Hi there. Sorry sis lama tak update. Sangat busy. Thanks reader yang masih setia baca novel pertama dan kedua sis. Happy je bila voted masuk banyak-banyak. Stay tuned.
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...