Kringgggggggggg!
"Ah bisinglah jam ni!" Lea menutup jam di atas meja. Dia merungut dan cuba sambung tidur balik. Amannya tidur tanpa gangguan.
"Lea! Bangun! Cepat! Lagi 15 minit oi, aduh mesti bos bising nanti. Bangunlah Lea. Kau ni tidur mati lah!" Reena menggoncang tubuh Lea. Terpinga-pinga Lea bangun dan mencapai jam locengnya.
"Ya Allah pukul 7.45?! Kenapa tak kejut aku Reena!" Lea terkejut.
"Alah, kau pun sama. Tak kejutkan aku. Aku kan makan ubat batuk so ngantuklah. Terlajak tidur," Reena membela dirinya.
×××××
"Hish! Lif pun macam siput. Lembap!" Lea membelek-belek jam tangannya berulangkali.
Pekerja lain yang bekerja di aras lebih bawah hanya menggunakan tangga saja. Tangga?
Flashback Start
"Bangunlah Mel. Dah lambat. Harini first day sekolah kan, cepatlah." Nuha menepuk peha besar Mel.
"Err akak ni sibuklah. Mel ngantuk ni." Mel kembali menarik selimutnya.
Nazrin yang mengendap adiknya mengambil air segelas dan merenjis ke wajah Mel.
"Ish! Apa ni abang?! Tengok bantal dah basah." Mel meradang tiba-tiba.
"Haa padan muka! Liat sangat nak bangun. Bangun sekarang. Dah rupa badak dah." Nazrin memperli adiknya.
Mel yang masih marah bangun dan mula bersiap. Baju sekolah lembut hasil tangan ibunya dipakai. Hatinya riang baju kerana sekolahnya muat.
"Minum susu ni. Makan roti sikit. Alas perut." Arah Encik Nazim.
"Alaa, roti je? Makanan berat sikit tak ada ke?" Mel mula membuat muka kesian.
"No. Makan apa yang ada. Sarapan tak boleh makan makanan yang berat. Kejap lagi rehat adik makanlah kat sekolah." Tegas Encik Nazim lagi.
Mel kembali mengunyah roti kaya pandan dengan muka merajuk. Kereta Swift Kak Nuha menuju ke sekolah menengah Mel."Nanti balik, adik tunggu sini. Kak Nuha ambil tau. Belajar elok-elok ye." Pesan Kak Nuha yang meninggalkan Mel di depan sekolah.
Mel mula memasuki perkarangan sekolah dengan riang. Semuanya baru. Kasut baru, baju baru, dan semuanya baru. Matanya tertumpu di tapak perhimpunan mencari kelibat sahabatnya Reena dan Fayyadh.
"Oi! Hahaha." Fayyadh menegur dari belakang Mel. Terkejut Mel. Hampir saja dia melatah.
"Kau ni! Terkejut aku. Nasib baik tangan aku ni tak tampar muka kau. Berbekas tak pasal-pasal." Mel mengusik Fayyadh sambil ketawa mengekek-ngekek.
Seorang pengawas tingkatan 5 memegang kertas kelas 5A di line paling depan. Fayyadh dan Mel berlari duduk di barisan paling depan.
"Eh siapa tu?" Mata Mel melirik ke arah lelaki yang tidak dia kenali yang masuk ke dalam pejabat guru besar.
"Entah. Mana aku tahu. Budak baru lah kot." Jawab Fayyadh selamba.
"Oi Mel tengok apa tuh?! Aku sampai pun kau tak perasan." Reena menolak Mel yang sedang khayal dari tadi.
Satu tangan besar singgah di bahu Reena. Pada Mel hanya menepuk biasa tanda menyapa saja, pada Reena perbuatan Mel agak kasar. Dia sudah lali dengan tepuk tampar Mel yang agak kuat.
"Semua pelajar tingkatan 5 akan berpindah ke blok A tingkat 4. Semua boleh bergerak."
"Apa?! Tingkat 4? Biar betul?! Sebelum ni tingkat satu kot. Aduh! Matilah aku. Nak naik tingkat 4. Tinggi. Reena..." Mel merengek sambil mulutnya tak berhenti membebel dengan keputusan cikgu yang bertugas.
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...