"Kau tak pergi melawat Naufal harini?" Tanya Reena.
"InShaaAllah lepas habis kerja. Aku kena ambil alih kerja Naufal. Urusan pejabat harini banyak."
"Baguslah. Aku harap kau mampu fikir apa yang aku cakap semalam. Jangan tipu hati kau." Pesan Reena.
Semua pekerja bertanyakan keadaan Naufal namun Lea hanya diam saja. Tiada jawapan. Otaknya masih terfikir dengan apa yang Reena nasihatkan semalam.
"Hello? Miss Lea? Are you there?"
Tersipu malu Lea menahan malu ditegur oleh client kerana ketidak fokusnya kepada perbincangan pembentangan. Sudah tiga client menegur Lea. Dia akui salahnya tidak menumpukan perhatian.Reena menarik Lea keluar dari bilik mesyurat. Hasratnya dia mahu memahami Lea namun dia tidak sanggup.
"Lea, aku tahu kau tengah fikirkan Naufal. Just go. Aku ada. Perbincangan kita pun dah nak sampai kemuncak. Kau percayakan aku kan?"
"Thanks Reena."
Lea memandu laju ke hospital. Dia tidak sabar lagi mahu memberitahu perkara sebenar kepada Naufal.
"Dato, Datin. Boleh saya jenguk Encik Naufal?"
Dato Nasir hanya mengangguk.
"Awak, saya datang. Saya nak confess sesuatu. Saya harap awak tenang bila dapat tahu semua kebenaran ni."
Naufal masih tidur dan tidak sedar. Mungkin dokter menyuntik ubat penenang.
"Naufal, you still remember my voice? Saya akui fizikal saya berubah sepenuhnya. Saya Amelia awak. Naira Amelia."
Tangan Naufal digenggam erat oleh Lea. Airmatanya membasahi tangan Naufal.
"Awak ingat pertama kali kita jumpa? Awak pandang saya macam saya buat salah je, padahal saya kuat makan. Tak salahkan kuat makan?"
"Eh kejap! Awak ingat tak masa awak confess awak suka saya? Sangat romantik. Awak confess depan rumah saya kot. Bengang saya lepas tu kena hadap usikan keluarga saya."
"Saya tanya awak, kenapa panggil saya gula-gula kapas. Saya pelik. Orang lain bercinta panggil Sayang, Sweetheart and more tapi awak seorang panggil saya gula-gula kapas."
"Saya nak confess, saya cuma tipu awak. Saya tak sukakan Fayyadh pun. Saya nak awak benci saya. Hati saya hancur bila awak cakap awak nak kahwin dengan Fisya."
"Awak memang boss paling teruk. Suka buli saya. Boss bangunlah. Saya Amelia awak... saya tak suka tengok awak macam ni."
Lea menundukkan wajahnya. Airmatanya membasahi cadar tilam. Tangan Naufal dirangkul lagi.
"Amelia?"
Terbeliak mata Lea. Kepalanya diangkat sedikit.
"Naufal? Awak... awak..."
"Saya dengar semuanya Amelia. Saya bodoh tak kenal suara awak. Saya minta maaf Amelia... saya lukakan hati awak."
Lea tersenyum walaupun airmatanya masih menghiasi mata.
"Saya maafkan awak Naufal. Saya dah lama maafkan awak. Please... jangan pernah lukai lagi hati saya. Saya sakit awak..."
"Saya janji Amelia, saya takkan sakitkan hati awak lagi. Gula-gula kapas saya, jangan nangis? Tengok mata tu dah bengkak." Naufal menghapus airmata Lea yang masih menghiasi wajahnya.
Dato Nasir menolak pintu bilik Naufal. Lelaki itu sedang berbual malah mesra dengan pekerjanya.
"Naufal... apa semua ni?""Papa, inilah Mel yang kita cari. Panjang ceritanya tapi Naufal nak minta tolong dengan papa and mama. Pinangkan Lea untuk Naufal?"
YOU ARE READING
GEMUK fabulous!
Teen FictionMel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan...